Saya adalah bekas pelajar universiti al-azhar. saya tinggal di mesir dari akhir 1988 hingga awal 1997. maka banyak perkara yang saya lalui.Termasuklah perkara yang berkaitan dengan gerakan ikhwan muslimin. apa-apa komen / kritikan yang saya tulis tentang ikhwan bukan perkara baru.
Sejak saya masih berada di Mesir lagi saya telah perdengarkan komen / kritikan saya terhadap ikhwan. sebahagian kritikan yang saya tulis di facebook, pernah saya persembahkan kepada pihak -pihak yang ada autoriti mengenai ikhwan muslimin.Kalau sampai ke telinga anda alhamdulillah. Kalau tak sampai , tanyalah orang yang berkaitan, kenapa tak sampai.