Sempadan Demokrasi

Dalam keadaan masyarakat dunia akur dengan sistem demokrasi , mereka tidak sedar bahawasanya mereka sebenarnya tidak menguasai ruang lingkup demokrasi.Banyak perkara yang dilakukan secara demokrasi yang tidak diambil kira dan diabaikan, sebagaimana banyaknya juga tindakan demokrasi yang tidak mengambil kira dan mengabaikan kehendak-kehendak yang dicetuskan dari dalam lingkungan demokrasi.Ia telah berlaku sejak sekian lama.

Puncanya adalah kerana demokrasi itu sendiri belum pernah dimuktamadkan sempadannya, maka tidak peliklah kalau sentiasa ada pihak yang mencabar demokrasi.Dari sudut yang lain, demokrasi itu sendiri pastinya mengiktiraf kelebihan dan kebolehan pengamal-pengamal demokrasi, Maka persoalannya, bagaimana mungkin demokrasi mampu dihadkan jika ruang dan peluang untuk menuntut ilmu itu tidak pernah dihadkan atau mungkin tidak akan dihadkan ? Hasilnya adalah semakin bertambah bilangan golongan yang berpendidikan tinggi , semakin besar la saiz demokrasinya. Ia akan berlaku secara otomatik ( berdasarkan ruang pendidikan tadi ).

Malangnya perkembangan pesat dari pihak rakyat seperti ini tidak dapat dilakukan dalam segmen peraturan dan undang-undang atau sebarang tatacara yang mengawal tingkah laku rakyat……Ledakan maklumat yang melanda seluruh dunia telah mengubah cara hidup rakyat , akan tetapi dalam konteks peraturan dan undang-undang atau dasar masih kurang nisbah perubahan drastiknya…..Kelemahan seperti ini telah menyebabkan kelompok yang berpendidikan tinggi kurang meyakini peraturan atau undang -undang atau dasar-dasar sedia ada, hingga mereka berani menongkah arus………,ada kemungkinan arus yang mengalir itu sebenarnya tidak diketahui kemana arah tujunya, berdasarkan terdapat golongan yang tidak merasai pengaruh arus tersebut dalam kehidupan mereka berbanding pengaruh pengiklanannya atau pewartaannya.

Maka persoalan seterusnya , mengapa demokrasi itu seolah-olah tidak mahu mengurangkan nisbah kegagalan…… ?Atau Mengapa demokrasi itu mesti meninggalkan segelintir rakyat untuk dijadikan pembangkang ?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s