Di mana Penawarnya

Selama 60 tahun orang Melayu diasuh dengan politik kebangsaan dan berbangga dengan budaya tempatan termasuk falsafah pendidikannya. Namun apa yang terhasil adalah orang melayu terkaya di negara kita Malaysia hanya seorang berbanding 10 calon. Maka setelah ada jutaan anak Malaysia yang menuntut ilmu di Universiti seluruh pelosok dunia termasuk negara-negara maju, adakah teori yang mereka perolehi dari sekelian profesor universiti mereka belajar itu tidak dapat memintas teori 1 untuk Melayu dan 9 untuk bukan Melayu ?

Kalaupun kita belum yakin dengan kebolehan generasi baharu dalam mencorakkan politik/ pemerintahan negara, namun teori 1/9 itu telah jelas bikinan siapa ! dan jelas skala kemampuannya sekadar untuk apa! Dalam waktu yang sama, hari ini semua orang Melayu dapat melihat sendiri tamadun manusia yang pernah wujud sejak ribuan tahun dahulu ada yang masih kekal wujud tanpa kehilangan identiti. Seandainya orang Melayu menganggap ini semua adalah kebetulan, maka sepatutnya orang Melayu perlu buktikan di manakah falsafah Melayu yang boleh menjelaskan teori kebetulan dan kebijaksanaan ?

Lebih penting lagi apakah neraca falsafah Melayu dalam menentukan samada kebetulan atau kebijaksanaan ! Adalah satu kezaliman jika falsafah Melayu menyekat falsafah lain dari menyuntik kekuatan bangsa Melayu yang dalam hal-hal kebaikan , kebijaksanaan dan keutuhan…………………………………………………Tiada ertinya pertukaran pemerintahan yang berlaku jika skrip ” 9 untuk engkau , 1 untuk aku ” masih menjadi falsafah atau dasar kerajaan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s