Dalam konteks perkiraan win-win antara kerajaan politik dengan rakyat Melayu khasnya yang serba terabai, jika benar ada ramai rakyat yang tidak menerima bantuan atau insentif kewangan bagi maksud menyuntik aktiviti kewangan pada paras minima sosial mereka ini , maka adalah lebih adil jika kerajaan membenarkan kelompok rakyat yang terabai ini menerima manfaat langsung dari komuniti bukan politik masing-masing. Lebih baik lagi jika komuniti tertentu ini dibenarkan untuk melunaskan tanggungjawab bayar zakat terus kepada komuniti itu sendiri dan bukan dibayar kepada agensi kerajaan tanpa mengabaikan prinsip ketelusan dalam pengurusan.
Kebijaksanaan tetap menjadi tulang belakang kepada prinsip yang baik. Tanpa kebijaksanaan bermakna tiada harapan untuk kemajuan yang selamat. Kebijaksanaan itu juga ada pemiliknya sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh para Nabi dan Rasul.