Menjejak Arah

Bangsa Melayu akan terus ketinggalan, tersasar dan hilang arah jika berterusan untuk tidak cuba memahami bahawasanya Melayu adalah sebahagian dari kelompok yang ada hubung kaitnya dengan tamadun manusia lampau.

Sedangkan hampir seluruh pakar cendiakawan dunia mengakui betapa membina sesuatu peradaban atau kemasyarakatan yang cemerlang adalah perkara yang bukan baharu dalam sejarah kemanusiaan. Ia telah berlaku semenjak manusia pertama mendiami bumi ini. Hingga ke hari ini kebanyakan pakar setuju betapa perlunya mengambil pengajaran dari generasi awal manusia dalam proses membina kejayaan hidup dalam masyarakat.

Selagi bernama manusia maka ia adalah sama dari semua sudut utama yang memungkinkan untuk kekal berjaya dan selamat. Bermakna kehidupan itu bukan bermula dari melayu, tapi telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu oleh manusia yang bukan melayu. Melayu hanya menyambung kehidupan yang pernah dibina oleh generasi bukan Melayu dari benua lain dan benua nusantara juga. Semuanya adalah bukti betapa harta, masa, tenaga, tubuh badan , kuasa dan lain-lain adalah milik mutlak Allah swt. Melayu hanya meminjam dari Allah swt. Sama seperti bangsa lain.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s