Fizikal Tanah Melayu

Kedudukan geografi Tanah Melayu sendiri terlalu unik dan mencabar kerana ia juga berada di salah satu laluan utama perdagangan yang menghubungkan timur dan barat. Apabila orang melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu bermakna orang melayu secara prinsipnya layak untuk menjadi pemerintah kerana terbukti tiada bangsa lain yang mampu melakukan sedemikian selain faktor asasi/ semulajadi berkaitan nusantara atau kepulauan rumpun melayu.

Namun memandangkan ia berada di lokasi yang unik dan strategik sudah tentu ia mampu menarik minat sesiapa yang berkemahuan untuk menetap di tanah melayu walaupun dari benua lain. Walaubagaimana pun cabarannya agak besar terutamanya jika dinilai dari sudut pengaruhnya kepada global, maka sebab itulah akhirnya perkara ini diurus oleh British hingga akhirnya merdeka secara aman dengan tambahan kelompok imigran secara rasmi.

Secara logiknya pula apabila kewujudan imigran juga dapat mengimbangi kegawatan global ketika itu dalam semua sudut, maka keadaan itu dibiarkan kekal dengan memberi keutamaan kepada bangsa melayu dan raja-raja melayu untuk memerintah.Sedangkan secara logiknya juga jika british ketika itu tidak ada pilihan untuk menjadikan imigran sebagai pengimbang peranan dan pengaruh tanah melayu dalam perkembangan global berkemungkinan untuk british kekal menjajah juga adalah harus berlaku atau mungkin kuasa besar lain.

Ini kerana ia berkait rapat dengan pengaruh agama samawi samada Islam, Nasrani atau Yahudi kepada perkembangan dan keseimbangan global . Maka apabila pengaruh Islam di nusantara terkawal dan kebetulan berada di tengah-tengah laluan dunia maka sedikit sebanyak telah dapat meredakan gejolak yang meletus di serata dunia yang timbul dari kesan pengaruh keagamaan serta tuntutan hidup yang menjadi alasan untuk setiap kelompok mempertahankan pengaruhnya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s