Antara Gaya Hidup & Aqidah Islam

Secara zahirnya berdasarkan standard latarbelakang pendidikan Islam masyarakat Melayu yang rendah, majoriti pimpinan masyarakat lebih cenderong untuk mengikuti jejak langkah kerajaan yang telah memberikan Tanah Melayu kemerdekaan iaitu kerajaan British. Ia lebih mudah berbanding jika cuba menggunapakai peruntukan perundangan atau dasar Islam sedia ada, kerana perundangan Islam dalam perlembagaan masih terlalu kecil selain faktor kurangnya pengalaman memerintah dalam persekitaran Perlembagaan Islam.

Pilihan di tangan orang Melayu sendiri. “Tepuk dada tanya jiwa” . Walaubagaimanapun suatu hakikat yang perlu orang Melayu sedari bahawasanya sekalipun jika orang Melayu dapat mengikut rentak kerajaan bekas penjajah, tiada apa-apa keistimewaan yang kita perolehi , bahkan dalam suruhanjaya reid pun ada peringatan agar hak keistimewaan orang Melayu perlu dikaji semula setelah 10 tahun kemudian bagi maksud mengimbangi kepentingan imigran ketika itu. Maka dari sudut sosialnya pun Melayu yang menanggung rugi jika terlalu mengikut jejak langkah negara bekas penjajah. Jika pun benar ada peluang untuk hidup di negara bekas penjajah ia lebih kepada tawaran atau peluang untuk individu yang ada kemampuan dan ia bukan satu jaminan dari mana-mana kerajaan untuk sesiapa sahaja menggunakan kelebihan tersebut. Ia hanya peluang yang bersifat pilihan secara sukarela bagi yang mampu.

Pastinya agak mustahil jika ia dibuka kepada seluruh negara dan seluruh rakyat.Apa pun bumi yang merdeka tetap memerlukan perhatian yang sewajarnya. Mengurus sebuah negara tidak sama dengan mengurus sebuah keluarga. Dengan warisan Islam yang telah wujud sejak ribuan tahun di Tanah Melayu dan sekitarnya maka secara logiknya meneruskan legasi Islam adalah lebih munasabah berbanding tawaran lain. Sebelum tercabut satu persatu identiti Islam. Sebelum hilang keperibadian Islam dari bumi yang merdeka. Maka ia bukan satu perkara mudah jika belum tersedia apa yang sewajarnya ada. Sudah tentu masyarakat Islam hari ini amat memerlukan kepada kefahaman tentang aqidah Islam. Tanpa kefahaman berkaitan aqidah Islam agak sukar untuk menjamin masyarakat Islam menjadi antara pengimbang terbaik dalam arus global.

Kefahaman yang baik tentang Aqidah Islam mampu membantu umat Islam mendapat gambaran penuh tentang setiap hukum hakam Islam dan padanannya dengan tanggungjawab kehidupan samada sebagai pemerintah mahupun secara individu awam. Penguasaan yang baik tentang topik aqidah Islam juga dapat membantu umat Islam memahami dengan jelas prinsip-prinsip utama dan penting Islam dalam hal berkaitan jati diri, persahabatan, perkongsian, kekeluargaan, kebersamaan, keutamaan , keselamatan, keberuntungan, kesetiaan dan banyak lagi perkara yang membantu membentuk identiti tulen Islam.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s