Pertimbangan Untuk Kontrak Sosial

Islam datang dengan pakej yang serba sempurna dan melengkapi, samada untuk keperluan semasa, akan datang mahupun untuk sistem yang terdahulu. Sejarah telah membuktikan peranan Islam di kepulauan Rumpun Melayu dengan peranan yang cemerlang dan baik. Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan sejarah ini walaupun hari ini hanya berbaki sedikit.Semua lapisan masyarakat melayu dari raja hingga ke rakyat jelata memainkan peranan yang baik seiring dengan citarasa gobal.

Namun oleh kerana perjalanan global itu sendiri terlalu cepat dan banyak yang di luar kawalan sesetengah bangsa atau rumpun kepulauan maka risikonya ada yang terpaksa ditanggung oleh sesiapa sahaja yang menyertai arus putaran global ini. Begitulah secara ringkas realiti global pergerakan manusia. Hanya yang ada pengetahuan tentang teori pergerakan manusia dan alam sahaja yang mampu bertahan dari terus menjadi mangsa atau korban, sebaliknya bagi yang tiada persediaan dan pengetahuan pastinya akan terkorban atau larut mengikut arus.

Oleh sebab itu , kontrak sosial yang telah lama membantu Tanah Melayu menyusun pergerakan seluruh rakyatnya wajar dipandang dari dua pertimbangan.

Pertimbangan pertama : berdasarkan kesempurnaan dan keseimbangan kerangka Persekutuan Tanah Melayu dengan menyediakan perlembagaan yang menyentuh berbagai perkara berkaitan dengan Raja-raja dan rakyat.

Pertimbangan kedua : adalah berkaitan dengan Islam sebagai agama persekutuan.

Pada pertimbangan pertama ia lebih menjurus kepada mengambil kira keadilan atau keharmonian untuk kepentingan semua rakyat. Samada usia perlembagaan masih dalam sepuluh tahun pertama atau selepasnya pertimbangan ini berkisar kepada menilai dan mengambil berat kepentingan rakyat semuanya berserta keutamaan yang ada pada Institusi Raja-raja Melayu. Ia adalah perlembagaan persekutuan yang mengandungi perundangan dalam semua perkara yang perlu diatur.

Manakala pertimbangan kedua pula adalah berkenaan dengan kedudukan dan peranan agama Islam dalam perlembagaan dan dalam kehidupan masyarakat Islam khasnya. Jika kita hanya melihat kedudukan islam dalam perlembagaan sahaja maka ia seolah-olah sudah selesai kerana telah dipersetujui sebagai agama rasmi untuk Persekutuan Tanah Melayu. Akan tetapi jika kita menilai dari sudut peranan agama Islam maka kita dapati peruntukan agama Islam dalam perundangan dan dasar kerajaan tidak cukup sempurna dan tidak lengkap hingga menyebabkan fungsinya kurang berkesan dalam membantu atau menjawab segala persoalan dan ketidakpuasan hati masyarakat Islam terutamanya.

Persoalan sekarang, adakah masyarakat Islam sendiri memahami peranan sebenar Islam dalam kehidupan ? Dan bagaimana langkah yang perlu diambil oleh masyarakat jika mahu memastikan prinsip Islam berfungsi secara sempurna ?

Walaupun kita tidak ada fakta secara tepat berkenaan kefahaman sebenar masyarakat Islam , tetapi berdasarkan silibus pendidikan Islam kebangsaan boleh disimpulkan bahawasanya majoriti masyarakat Islam tidak tahu peranan dan fungsi agama Islam terutamanya dalam hal menseimbangkan keutuhan pentadbiran kerajaan atau memacu secara berterusan seiring perkembangan global.

Secara ringkas , apabila masyarakat Islam tidak mengetahui peranan dan fungsi Islam dalam kerajaan dan bernegara , maka sudah pasti ia akan mempengaruhi skala kecemerlangan yang sepatutnya berlaku pada pertimbangan pertama tadi. Maka sebab itulah kontrak sosial sering dicemuh atau dipersoal lantaran berlakunya banyak kelemahan yang tidak terawat dan tidak dapat dibaiki . Semua kejadian ini adalah berpunca dari kefahaman yang terlalu cetek tentang peranan dan fungsi Islam dalam bernegara.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s