Majoriti Juga Untuk Rakyat

Kemelut tak sudah dunia politik yang sememangnya lebih cenderung untuk mengaut keuntungan ekonomi berbanding kerja menyampaikan hak rakyat.Tiga contoh kerajaan telah diberi peluang mentadbir kerajaan dalam persekitaran demokrasi berparlimen. Tapi seakan-akan sama rentak masing-masing. Kejayaannya kurang memberangsangkan. Hari ini semua rakyat patut diberi peluang untuk memikirkan tahap manakah kekuatan atau pencapaian demokrasi yang kita ada sekarang ?

Apa itu demokrasi ? adakah kerja menambah hutang juga sebahagian corak demokrasi yang wajib dibuat atau bagaimana ? adakah demokrasi itu tidak boleh meniru kejayaan negara lain ? adakah demokrasi tidak boleh diubah ? adakah demokrasi itu perlu menambah masalah dan beban agar kelihatannya bekerja bertungkus lumus ? apa kaitannya antara demokrasi dengan semangat patriotik ? apakah demokrasi itu sememangnya membina masyarakat yang susah dan miskin lebih banyak berbanding bilangan kelompok kaya ? adakah demokrasi sememangnya takut kepada kekayaan rakyatnya ? Cari lah jawapan masing-masing.

Fikirkanlah apa yang patut kita buat untuk menyegarkan demokrasi. namun dalam banyak jawapan , saya lebih bersetuju dengan pendapat bahawasanya kemenangan secara majoriti dalam PRU sebagai syarat memerintah kerajaan sudah tidak boleh digunakan sebagai syarat tunggal untuk memerintah penggal yang baru. Mungkin pengertian majoriti sudah dimanipulasi untuk kepentingan peribadi sehingga majoriti yang sepatutnya membantu rakyat telah berubah menjadi beban kepada mereka.

Walhal tidak salah jika pengertian majoriti itu juga ditafsirkan sebagai hak majoriti rakyat untuk meneruskan kehidupan yang stabil atau lebih stabil kalaupun tidak kaya serta merta asalkan tidak bertambah hutang dan beban.Maka sudah sampai masanya era demokrasi hari ini memikirkan untuk tidak menjadikan majoriti sebagai syarat tunggal untuk memerintah, oleh kerana kerajaan ini juga milik rakyat bersama maka ada baiknya jika skala pencapaian yang berkaitan dengan cabang kehidupan rakyat turut diambil kira sebagai penanda aras samada layak atau tidak sesebuah parti politik itu meneruskan pemerintahannya.

Jika mereka ada majoriti dan skala pencapaian ( kehidupan rakyat ) yang baik maka ia sudah merangkumi dua kepentingan sekaligus iaitu kekuatan majoriti parti politik yang menang dan kekuatan meraka juga dalam skala mengambil kira kepentingan rakyat. Ia adalah lebih adil kerana sistem yang ada mengambil kira dua kepentingan sekaligus berbanding jika hanya bergantung kepada syarat tunggal ( kemenangan majoriti ).Bukankah demokrasi terunggul itu juga adalah kekuatan pemerintah dan kemampuan rakyat mengikut rentak pemerintah ? Sudah tentu tidak akan ada kerajaan demokrasi yang kuat tapi mahu rakyatnya sendiri tidak sehaluan dengan kerajaan atau tidak ada kekuatan untuk bersama pemerintah.Semua kebijaksanaan itu juga adalah milik Allah swt, maka manusia perlu berusaha agar nikmat kebijaksanaan itu tidak terlepas bahkan dapat dikongsi bersama.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s