Juga Tanggungjawab Pimpinan

Hakikatnya agenda politik tidak begitu berminat untuk membela rakyat kerana mungkin ditafsirkan sebagai beban yang berlebihan. Sedangkan dunia kesarjanaan Islam tidak begitu. Islam mempunyai visi untuk membantu manusia hingga ke tahap mendapat keampunan Allah swt untuk layak menjadi ahli syurga. Maka sebab itu Islam juga banyak mengutamakan prinsip kebertanggungjawaban di tengah-tengah kesibukan mendahulukan kebijaksanaan. Jelas sekali , betapa sikap kelompok politik antara penyumbang kepada ketidak puasan hati majoriti rakyat awam.

Minda komersial yang berlebihan dalam diri ahli politik menyebabkan tanggungjawab sebagai pemimpin dibataskan kepada nilai komersial atau ekonomi , sedangkan peluang dalam ekonomi bukan suatu yang pasti dan tetap nisbahnya. Berlainan dengan prinsip kenegaraan atau kepimpinan Islam, walaupun tidak menolak bahagian ekonomi tetapi tanggungjawab terhadap nasib rakyat tetap termasuk dalam keseluruhan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Andai ada ahli politik yang menuding jari terhadap sistem demokrasi, ia tetap tidak dapat memadamkan tanggungjawab yang Islam amanahkan kepada pemimpin. Tidak juga sepatutnya menjadikan demokrasi untuk mencipta ruang permusuhan yang menimbulkan kekecohan dan siri perbicaraan mahkamah yang sukar difahami. Sebab Islam juga memandang tinggi prinsip persahabatan dan persaudaraan. Maka sikap suka menimbulkan permusuhan itu hakikatnya adalah di luar kebiasaan Islam jika masing-masing memahami prinsip Aqidah Islam.

Urusan aqidah Islam dan urusan kehidupan adalah perkara yang saling berkaitan tetapi perlukan perincian secara berasingan.Hakikatnya pada zaman ini dan terkini , apabila ada pimpinan Islam membangkitkan maruah Islam tetapi tidak merujuk kepada kehendak sebenar dokumen prinsip Islam yang kebanyakannya dalam versi Arab, maka ia sebenarnya boleh mengelirukan. Bahkan boleh membawa perselisihan kepentingan , walaupun tujuan asalnya adalah untuk memastikan rakyat awam menyukai dan menyayangi pemimpin mereka. Hakikat Islam itu adalah lebih berhak untuk dirujuk kepada rujukan versi Arab tidak dapat ditolak sewenang-wenangnya sekalipun kebijaksanaan itu ada di mana-mana.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s