Beza Mandat PRU & Islam

Mandat politik atau PRU perlu diasingkan dari mandat agama Islam. Sebab tanggungjawab agama Islam tidak perlu berubah sepertimana budaya politik. Hari ini kebanyakan parti politik salah mengurus urusan agama Islam disebabkan mandat PRU yang mereka peroleh sebenarnya tidak termasuk urusan agama Islam. Ini kerana urusan agama Islam majoritinya adalah di bawah kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri yang di naungi oleh Sultan.

Peruntukan sedia ada sebenarnya sudah cukup kukuh untuk agenda Islam. Akan tetapi disebabkan kerajaan dan agensinya tidak memahami kadar keupayaan sebenar peruntukan urusan agama Islam berbanding tahap kemampuan para parti politik maka ia berjalan seolah-olah tidak ada perkara yang berbangkit atau menimbulkan persoalan tanggungjawab Islam.Sedangkan sebenarnya agenda Islam tidak perlu terlalu mengikut rentak politik yang kebanyakan masanya bergantung penuh dengan sektor industri atau perekonomian.

Mungkin disebabkan agenda Islam meletakkan urusan ekonomi dalam susunan yang berbeza berbanding susunan yang dibuat oleh agenda politik , maka kebanyakan ahli politik memahami seolah-olah agenda Islam tidak akan mendapat laba ekonomi.Hakikatnya tanggungjawab agenda Islam yang dipikul oleh para pimpinan ( ulamak & umara ) melalui agensi yang ada perlu juga dibezakan termasuk dengan perincian berbeza berbanding kewajipan yang patut digalas oleh individu masyarakat. Ini kerana prinsip Islam juga adil dan jelas betapa tanggungjawab peringkat pimpinan tidak boleh dicampuadukkan dengan kewajipan di kalangan individu.

Apabila ada salah faham antara dua jenis kewajipan dan tanggungjawab seperti ini, maka oleh sebab itu timbul salah faham lain yang asalnya tidak mendatangkan masalah seumpama kesibukan individu dengan tanggungjawab persendiriannya di masa dan tempat yang berbeza, walhal sepatutnya jika ada SOP yang teratur ia boleh difahami dengan jelas tahap logiknya mengikut kedudukan masing-masing.Apabila kadar kefahaman bertambah secara tidak langsung kadar rekod kesalahan akan berkurang dan mengecil.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s