Pakej Penyelamat

Masalah besar melanda masyarakat Islam adalah bilamana silibus pendidikan Islam kebangsaan masing-masing tidak dapat membezakan antara permasalahan politik, aqidah, ekonomi, ibadah, sosial, perundangan dan beberapa perkara lain secara tuntas. Keadaan hari ini hanya membicarakan kesemua kepentingan hidup ini secara bersama serentak dan dalam persekitaran demokrasi politik sahaja. Maka sudah tentu akan sentiasa ada permaslahan yang baru timbul lantaran ketiadaan persediaan yang tuntas dalam membezakan peranan atau fungsi setiap lapangan hidup itu. Contoh paling mudah adalah kedudukan Institusi Raja-raja Melayu. Jika dilihat dari sudut politik dengan berpandukan demokrasi berparlimen , maka kefahaman yang selama ini tersebar di kalangan rakyat, Institusi ini mungkin tidak lebih sebagai kelompok teratas yang akan menentukan keputusan yang dipohon oleh jentera kerajaan.

Malangnya apabila ada sesuatu keputusan yang tidak disenangi majoriti rakyat maka institusi Raja-raja Melayu juga terpalit sama hingga boleh mengancam kedudukan institusi raja-raja Melayu ini. Secara politiknya atau secara demokrasinya ia seolah-olah keadaan yang benar dan tiada pilihan lain.

Sedangkan dalam sistem Islam berdasarkan tamadaun Islam yang telah kita warisi tanpa terputus sejak mula adanya Islam , kedudukan Institusi Raja-raja Melayu ini adalah sama tarafnya dengan kelompok sahabat Nabi Muhammad saw yang mula-mula menerima Islam di Mekah dan mereka dikenali sebagai ” السابقون الاولون ” kelompok awal yang paling terdahulu . Ia dalah satu kedudukan yang terpenting dan mulia jika dinilai dari sudut prinsip aqidah dalam konteks kelompok yang ada terutamanya ketika zaman komunikasi yang tidak sepantas dan seluas seperti hari ini.

Selain silibus pendidikan Islam kebangsaan yang dinaiktaraf ke peringkat yang lebih sempurna maka peranan akta berkaitan aqidah Islam juga mampu menyelamatkan kedudukan yang sebenarnya terlalu penting dan mulia ini. Akta aqidah Islam yang akan memandu dunia politik dan bukan sebaliknya.Bagi menghadapi 50 tahun ke hadapan sekurang-kurangnya , masih banyak lagi kerja menaiktaraf sistem pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan setiap perkara yang berlaku berjalan dengan sempurna sesuai dengan perkembangan ilmu Islam yang berlaku.Hakikatnya ia bukan lah permasalahan sesebuah negara sahaja sebaliknya ia adalah masalah dunia Islam seluruhnya dan kaitannya dengan Risalah Nabi Muhammad saw dalam persekitaran global terkini. اللهم صلى على سيدنا وحبيبنا محمد

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s