Jaminan Perubahan Lebih Baik

Luahan generasi baru tentang perlunya golongan veteran mengundur diri dari kancah politik dan memberi ruang serta peluang kepada generasi baharu adalah satu gesaan yang baik dan tepat berdasarkan persekitaran semasa global dan domestik. Tetapi jika masyarakat sendiri belum ada rujukan atau modul baharu yang disepakati untuk menggantikan kekosongan besar yang akan berlaku dalam dunia politik dan perkara lain yang berkaitan , bermakna persediaan itu belum cukup jelas.

Sedangkan segala teknologi dan falsafah yang ada hari ini mempunyai fungsi dan kriteria yang jelas jika sekadar hendak mengurus wang dan aset. Menyediakan perancangan yang teratur dan jelas adalah satu keperluan jika mahukan hasil yang tidak mengecewakan semua pihak. Logiknya hasil dan nasib yang jelas pasti lebih menjadi pilihan kepada semua pengundi .

Apa ertinya perubahan jika masih belum tentu selamat atau tidak ? apa ertinya pembaharuan jika tidak mampu mengubah kepada yang lebih baik mengikut tuntutan semasa ? Lebih penting lagi biarlah perkembangan yang akan berlaku nanti dapat lebih mendekatkan masyarakat yang ada dengan Risalah Nabi Terakhir Muhammad saw.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s