Keperluan Universiti Islam Arab

Umat Islam yang sejati tidak akan mampu mengubah masyarakat ke arah yang lebih dekat dengan Manhaj Nabawi jika tanpa Bahasa Arab selain perundangan yang mantap.Bahasa Arab amat diperlukan sebagai alat yang membantu masyarakat Islam Asia Tenggara memahami lebih dalam topik aqidah, tafsir, hadis , usul feqh dan beberapa ilmu Islam Arab lain dalam rangka menjadikan kesarjanaan berorientasikan bahasa Arab sebagai medium tetap.

Mungkin boleh bermula dengan sebuah Univesiti Islam Arab atau Institusi Pendidikan Islam yang berorientasikan Bahasa Arab dengan sepenuhnya dikelola dan diurus oleh tenaga pendidik dan kerja berbangsa Arab. Agama Islam amat memerlukan strategi sebegini memandangkan masyarakat Islam sedia ada tidak dapat memahami keperluan yang amat diperlukan oleh Islam dalam perkembangan global terkini.

Perkara sebegini hanya difahami oleh generasi yang pernah berkelana dan berguru di Institusi pendidikan Islam Arab di Timur Tengah. Sementara tenaga buruh lain tidak dapat menjangkau keperluan ini kerana guru-guru mereka belum pernah menitipkan pesanan seperti ini.Ia hanya strategi pendidikan yang jujur dalam rangka meningkatkan penguasaan ajaran Islam.

Secara logiknya agak mustahil universiti Islam Arab sedia ada mampu memberi tumpuan sepenuhnya jika ada universiti cawangannya di Asia Tenggara kerana ia memerlukan perancangan penuh kesemua keperluan dan hala tuju universiti tersebut. Maka jalan penyelesaian itu hanya dapat dibuat jika ditubuhkan Universiti Islam Arab yang diurus secara berasingan. Keperluan masyarakat Islam Asia Tenggara juga tidak dapat menunggu keluaran dari Universiti di Timur Tengah kerana bilangan yang terlalu sedikit dan kos yang tidak ramai mampu serta kualiti yang berbeza-beza.Universiti Islam Arab dengan persekitaran Arab mampu menaiktaraf budaya Islam masyarakat Asia Tenggara agar lebih dekat kepada Manhaj Nabawi . Kewujudan Universiti Islam Arab seperti Ini dan kekemasan perundangan Islam dapat meningkatkan kualiti Islam di Asia Tenggara pada nisbah peratusan yang besar tanpa membebankan pihak-pihak yang kurang arif.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s