Demokrasi: Perhambaan atau Pembebasan

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan dalam sistem demokrasi adalah ” memastikan masyarakat yang ada itu merdeka dan bukan menjadi hamba kepada sesama manusia”. Maka sekiranya ada kelompok ahli politik yang bertindak merancang hingga menyebabkan rakyat seolah-olah menjadi hamba kepada ahli politik, itulah petanda tepat dalam menentukan samada kelompok politik itu berada di landasan yang betul atau cenderong untuk menjadikan rakyat sebagai hamba.

Hamba yang tidak merdeka pada zaman ini mungkin ada banyak kriteria. Sudah tentu bukan setakat berkerja bertungkus lumus untuk tuannya bagi setiap projek, bahkan jika rakyat terpaksa bayar hutang politik yang tidak berkaitan langsung dengan rakyat yang serba miskin juga termasuk dalam kategori perhambaan. Seronok dengan jolokan nama demokrasi sehingga lupa neraca penting demokrasi juga bermakna kelompok politik tidak memahami tanggungjawab sebenar.Sedangkan sejarah demokrasi itu adalah membebaskan perhambaan, tetapi nampaknya hari ini ramai kelompok politikus mempergunakan peruntukan sistem demokrasi untuk mengembalikan status perhambaan kepada manusia.

Bermakna demokrasi yang digembar-gemburkan oleh kelompok politik hanya sekadar memastikan rakyat kembali menjadi hamba dalam konteks sejarah kemanusiaan yang selama ini dikaitkan dengan sistem standard yang diperakui dalam peradaban atau kenegaraan.Persoalan lain , bagaimana jika berlaku di mana rakyat atau masyarakat kembali menjadi hamba berdasarkan konsepnya yang difahami dan disepakati, walaupun peraturan Islam dan peraturan demokrasi telah diatur ? sedangkan Islam itu sendiri punyai tujuan jelas sejak mula lagi dalam memastikan manusia tidak menjadi hamba kepada sesama manusia ? juga timbul persoalan , bagaimana mungkin peraturan Islam yang diguna dengan mengikut rentak demokrasi juga tidak dapat mengeluarkan manusia dari status perhambaan ? maka siapa sebenarnya yang melakukan kesilapan ?

Persoalan juga timbul , bagamana mungkin kelompok politik yang begitu ramai jumlahnya dengan pengalaman selama 60 tahun lebih tidak mampu menentukan sempadan demokrasi yang dapat mengeluarkan perhambaan dari kehidupan manusia dan sempadan demokrasi yang mengembalikan perhambaan kepada manusia ? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mewarisi atau legasi kalau ia sekadar mengekalkan status perhambaan yang lahir dari sistem politik ?

Siapa sebenarnya yang mewajibkan keterlibatan dengan sistem politik yang mengekalkan perhambaan ? Adakah pasti tidak ada pilihan lain yang manusia boleh fikir bersama ? ataukah selain sistem demokrasi yang mengekalkan status atau ciri perhambaan itu pasti akan gagal dalam mengurus kehidupan ?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s