Wakaf Satu Pengorbanan Untuk Islam

Banyak perubahan dan peningkatan positif yang akan berlaku secara semulajadi kepada masyarakat Islam Asia Tenggara dan sekitarnya jika idea mewujudkan Universiti Islam Arab di Asia Tenggara termakbul. Itu sahaja cara terbaik dan paling selamat dalam memastikan Islam yang telah wujud sejak lebih seribu tahun di Asia Tenggara tidak ketinggalan atau kehilangan punca. Nabi Muhammad saw sendiri ada berkata betapa setiap seratus tahun akan ada orang yang memperbaharui atau mengemaskini sistem hidup Islam.

Maka secara logiknya kehidupan itu sendiri yang cepat mengalami perubahan pastinya memerlukan proses pengemaskinian agar hasil fungsi setiap mekanismanya memberi kesan yang terbaik dan tidak membebankan sesiapa. Berdasarkan fungsi universiti Islam arab yang mampu menyediakan kelompok pakar dalam setiap bidang, maka selain mendidik generasi muda universiti juga mampu memberi gambaran kecemerlangan sistem Islam hasil kesepaduan teori yang mampu diperjelaskan oleh pakar dari universiti Islam Arab.

Tidak dinafikan juga status universiti Islam Arab yang hendak dibina sebagai hadiah rahmat islam untuk masyarakat Asia Tenggara semestinya berstatus WAKAF. Kelebihan universiti Islam Arab yang berstatus WAKAF amat besar. Status ini akan menjadikan seluruh warga universiti sebagai hamba Allah yang ada tanggungjawab mengamalkan ilmu Islam dan bukan memperdagangkannya. Ia akan menjadikan warganya mengutamakan amalan berbanding jualan atau bayaran sebagaimana jika tidak dalam bentuk wakaf.

Status wakaf ini akan mendidik warganya merasakan seolah-olah mereka menerima ilmu Islam Arab secara langsung dari Nabi Muhammad saw sebagaimana ia berlaku ketika wahyu masih diturunkan. Sebaliknya jika universiti Islam Arab itu nanti tidak berorientasikan wakaf , maka sudah tentu segalanya akan menjadi mahal harganya dan aktiviti mendalami ilmu Islam akan bertukar kepada aktiviti berjual beli ilmu Islam. Ia akhirnya akan mengurangkan darjat keberkatan ilmu dan manusia sendiri.

Kelebihan universiti Islam Arab berstatus wakaf juga akan memudahkan hasrat masyarakat Islam tanpa perlu mempertaruhkan terlalu besar kebendaan. Antara wakaf dan kejujuran ia ada hubungan yang amat rapat. Gandingan inilah nanti yang akan menentukan samada rahmat Allah itu yang akan menyelubungi kehidupan atau sebaliknya.Perkara ini seharusnya dilihat dalam konteks warga Islam Asia Tenggara seluruhnya dan bukan hanya melibatkan beberapa kelompok.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s