Cabaran Syariah

Secara ringkas :

Undang-undang syariah amat terdedah kepada cubaan untuk mencabar keabsahannya atau kewibawaannya.

Sebab :

1. Dalaman masyarakat Islam.

a. Tidak ada sandaran jelas kitab apa yang menjadi rujukan rasmi untuk masyarakat Islam merujuknya tatkala perlu. Sedangkan ianya juga perlu mengambil kira setiap tahap atau peringkat dari murid sekolah , belia, dewasa, awam, siswa khusus , pakar atau mungkin juga peguam/ mahkamah.

b. Tahap pendidikan Islam diperingkat nasional juga tidak jelas peruntukannya atau cabangnya. Sebagai contoh mungkin silibus untuk bakal pengantin telah sempurna tapi bagaimana pula untuk bidang atau urusan lain ?

2. Perundangan.

Walaupun dalam adat dan budaya telah ada pegangan jelas dalam hal aqidah Islam akan tetapi dalam hal perundangan masih belum ada akta khas yang menunjukkan hak mutlak masyarakat Islam untuk berpegang dan mempertahankan aqidah Islam walau di lokasi mana mereka berada . Sebab itu pihak lain sanggup bertindak mengikut undang-undang.

Hanya kewujudan akta Agama Islam atau Akta Aqidah Islam sahaja yang mampu mempertahankan identiti Islam untuk jangkamasa yang panjang walaupun mungkin berdepan dengan tahap kefahaman masyarakat Islam sendiri yang agak perlahan berbanding tuntutan aktiviti mereka.Lagipun perundangan syariah sedia ada kebanyakan wujud dalam persekitaran yang masyarakat Islam sendiri cetek pengetahuan Islamnya. Bukan lahir dari masyarakat Islam yang punyai latarbelakang ilmu Islam yang mantap.

Akta Aqidah Islam juga mampu menyediakan kunci penyelesaian kepada beberapa bidang lain yang mungkin hanya akan muncul selepas beberapa ketika. Sekalipun ketika itu belum ada perundangan khusus untuk masalah tersebut. Maka sebab itu Akta Aqidah Islam perlu diwujudkan demi mempertahankan identiti atau prinsip Islam . Islam menjamin penyelesaian terbaik kepada masyarakatnya , tetapi jika masyarakat Islam sendiri tidak bersedia untuk menaiktaraf pengetahuan Islam mereka , maka tiada siapa boleh bantu kecuali diri sendiri. Gabungan dari penjelasan ulamak terdahulu dan ulamak moden terkini berkaitan sistem Islam dan aqidahnya mampu menjawab segala persoalan yang ditimbulkan.

Prinsip Islam adalah suatu ilmu yang boleh diperolehi di mana-mana institusi pendidikan Islam atau institusi di mana terdapatnya ulamak Islam yang pakar. Oleh itu jalan penyelesaiannya secara holistik adalah merujuk ulamak atau pakar , terutamanya ulamak Islam Arab.Seminar atau bengkel hanya sekadar langkah awal untuk menemui senarai rujukan kitab , individu ulamak Islam dan institusinya di seluruh dunia.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s