Membilang Kategori Kegagalan

Bukan rasuah sahaja yang boleh memporak-perandakan sesebuah kerajaan atau negara, bahkan aktiviti gerakan Islam yang di luar standard Islam Arab juga boleh merosakkan struktur kemasyarakatan Islam. Sebagaimana Standard Pendidikan Islam Kebangsaan perlu dinaiktaraf kerana faktor ketinggalan zaman falsafah dan silibusnya , maka kebanyakan gerakan Islam juga secara tidak sedar masih bergantung sepenuhnya dengan modal lama dan keupayaan lama.

Hakikatnya antara dua kelompok ini samada pihak yang berkaitan dengan pendidikan Islam kebangsaan dan kelompok yang terlibat dengan gerakan Islam mereka adalah saling berkaitan. Jika standard yang ada berada dalam kategori ketinggalan zaman bermakna ia meliputi semua kelompok. Kedua-dua kelompok ini mendokong standard yang ketinggalan zaman.

Risikonya amat besar sebab kelompok yang terlibat dengan gerakan Islam lebih bebas bertindak dan mempengaruhi masyarakat . Sebagaimana yang ramai orang tahu kelompok yang terlibat dengan gerakan Islam ini yang biasanya ada potensi untuk menangguk di air yang keroh kerana bekalan ilmu Islam yang mereka ada sudah expired standard semasanya. Semua ini kerana segala matlamat semasa perlu berfungsi dan menepati matlamat utama dan keseluruhan.

Malangnya ramai juga pegawai kerajaan yang akan terpengaruh dengan kelompok yang masih menggunakan teori gerakan Islam Melayu yang pastinya tempoh sah gunanya adalah pendek berbanding teori gerakan Islam berasaskan ilmu Arab.Maka biasanya mungkin bukan sebab kekuatan ilmu yang mendorong, tetapi lebih kepada untuk kepentingan pangkat dan labanya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s