Tiada yang lebih besar dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya PRU15 nanti selain maklumat terperinci kepada rakyat seluruhnya berkenaan parti mana yang lebih realistik merancang untuk membantu rakyat , terutamanya nasib rakyat yang tiada pendapatan besar atau tetap. Rakyat yang sangat daif lebih lagi.
Rakyat juga perlu tahu apa sebab sesetengah parti politik tidak bersedia untuk mengubah taraf ekonomi dan pendidikan rakyat kategori B40 sedangkan keputusan PRU juga bergantung dengan penyertaan kelompok B40.Hakikatnya kecenderungan tabiat parti-parti politik dengan keupayaan sebenar kerajaan /kementerian adalah dua perkara yang berbeza dan perlu perincian secara berasingan.