Perhambaan Dalam Kemerdekaan

Mengapa rakyat dipaksa menerima politik yang menggugat taraf kemerdekaan , kebebasan setiap warga tanpa ruang membela diri ? sedangkan politik itu sendiri 99% aktivitinya berlaku di luar mahkamah ! B40 adalah bukti angka yang besar mewakili warga yang serba daif. Apa sebab untuk memaksa B40 menerima segala keputusan politik yang hanya dikuasai oleh T20 dan M40 ? Di mana nilai kemanusiaan yang sepatutnya ?

Andai PRU yang akan berlangsung nanti tidak melibatkan B40 dan hanya untuk T20 dan M40 sahaja , adakah ini satu budaya yang demokratik ? Sekiranya teori demokratik itu perlu melibatkan B40 bersama dengan M40 dan T20 dalam musim PRU akan datang , bukan kah itu bermakna suara atau undi dari B40 juga penting, ia adalah sebahagian dari erti kenegaraan. Ia juga adalah sebahagian dari halatuju sesebuah negara yang berperamcangan. Semuanya kerana kita telah berada di zaman globalisasi yang mengikut rentak demokrasi.Hak mengundi juga telah menjadi satu lambang kebebasan dalam ruanglingkup kemerdekaan secara terhormat.

Seandainya selepas PRU nanti , ahli politik terpilih tidak mampu mengubah nasib B40 bahkan mungkin dibiarkan tanpa rekod kemajuan yang sepatutnya, bukankah itu juga menunjukkan hak kebebasan dan kemerdekaan mereka telah diragut ? walaupun dalam musim kempen nanti mungkin mereka ditawarkan atau dijanjikan dengan beberapa perubahan dan kemajuan. Lebih jelas lagi jika perubahan dan kemajuan itu nanti hanya melibatkan kehidupan M40 dan T20 , maka sekiranya perkara ini berlaku bermakna B40 masih terperangkap dalam budaya perhambaan.

Dimanakah kelebihan membuat keputusan yang diperolehi ahli politik jika keputusan itu nanti tidak dapat mengeluarkan sebahagian besar rakyat dari budaya perhambaan ? Apa ertinya membuat keputusan atau dasar jika tidak mampu memperincikan beberapa langkah yang boleh mengeluarkan B40 dari belenggu perhambaan ?

Dari sini lah kita dapat mempersoalkan , apa tujuan sebenar parti-parti ini terlibat dengan politik ? Sekiranya ahli politik melihat segmen lain boleh menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh B40 tanpa banyak campur tangan politik , maka oleh sebab itu sesetengah kementerian patut berada di tingkat yang tidak sama dengan politik.Oleh itu sebelum ahli politik menyalahkan kelemahan yang datang dari arah kementerian maka ahli politik juga perlu menjelaskan setakat mana mereka memberi kuasa penuh eksekutif kepada mana-mana kementerian yang berkaitan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s