Aqidah & Mandat

Secara prinsipnya samada dari sudut budaya kemasyarakatan Islam atau perundangannya , kedua-duanya mampu menjelaskan mengapa sesetengah tanggungjawab dan kewajiban masyarakat awam Islam tidak berkaitan dengan mandat PRU jika ia bukan dalam hal yang berkaitan aqidah Islam. Sedangkan perkara ini masih tidak mampu dijelaskan oleh kelompok politik berparti setakat ini.

Maka bagaimana pula kelompok politik berparti ini, dapat menjamin kemampuan mereka untuk mengeluarkan masyarakat seluruhnya dan yang muslim khasnya dari sistem pemerintahan yang bersifat perhambaan. Selagi tiada penjelasan yang menepati standard sistem pemerintahan yang bebas dari elemen perhambaan sesama manusia, selagi itu rakyat dan kelompok politik berparti mudah terjerumus kepada sistem yang mengekalkan elemen perhambaan sesama manusia.

Dunia politik juga adalah peluang untuk mendapat ganjaran pahala yang mungkin besar bagi umat Islam selain boleh menjanjikan syurga. Akan tetapi bagaimana mungkin pahala yang besar itu akan umat Islam perolehi jika dasar yang dilaksanakan adalah dasar perhambaan sesama manusia. Perhambaan sesama manusia adalah dasar yang bertentangan dengan dasar aqidah Islam kerana Islam hanya mengiktiraf perhambaan hanya kepada Allah swt.

Mekanisma perhambaan sesama manusia ini hanya mampu diperincikan pengertiannya oleh standard pengajian Islam global dari sumber berbahasa Arab. Tidak dinafikan masih ramai yang terlibat dengan sistem perhambaan sesama manusia, namun kemampuan ulamak Islam menjelaskan sempadan erti perhambaan sesama manusia dan perhambaan dalam konteks aqidah Islam juga tidak harus dipandang remeh jika benar-benar mendambakan penyelesaian abadi.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s