Majoriti & Matlamat

Walau apa nama dasar yang akan dicipta untuk tujuan merubah kepada perkembangan budaya maju masyarakat , ia tidak akan mengubah apa-apa jika ahli politik atau calon politik sendiri tidak memahami tujuan dasar itu dibuat, peranannya dalam misi perubahan dan ahli atau calon politik itu juga tidak ada rasa bertanggungjawab dengan perancangan kerajaan dalam rangka mengubah kepada keadaan yang lebih baik.

Semua ini perlu input yang mencukupi dari sumber teori yang memungkinkan berlaku perubahan dalam kerangka yang difikir munasabah. Semua perubahan yang diimpikan dalam persekitaran semasa tidak mungkin boleh berlaku hanya kerana kuasa majoriti undi dalam PRU.Paradigma perubahan kepada yang lebih baik untuk tempoh yang panjang memerlukan semua kelompok rakyat memahami dengan betul bagaimana perubahan sebegitu boleh berlaku, termasuk juga manfaatnya, juga kesan langsung kepada persekitaran sebelum hasilnya dilihat selepas beberapa ketika usaha itu dibuat.

Mungkin masih ramai ahli politik yang bergantung harap dengan kuasa undi majoriti dalam PRU. Sedangkan undian itu hanya sebahagian kecil dari sejumlah besar beberapa tanggungjawab, dasar, peraturan dan budaya yang ada kekuatan untuk mengubah kepada persekitaran yang lebih baik. Kesimpulannya , minda rakyat perlu berubah dari melihat seolah-olah undian dalam PRU itu adalah penentu segala-galanya kepada minda betapa perubahan itu memerlukan usaha dan sokongan yang berterusan. Semoga fakta ini boleh dijadikan garis mula dahulu dalam usaha untuk menghilangkan elemen perhambaan dalam kehidupan bernegara.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s