Asas Mandat Di mana ?

Dari sudut aqidah, sepatutnya apabila Islam telah diiktiraf sebagai agama persekutuan, ia sebenarnya telah membela semua penganut Islam. Akan tetapi andai keistimewaan ini dipersoal semula atau statusnya terjejas akibat kegiatan politik berparti, bermakna kegiatan politik seperti itu adalah tidak menepati matlamat aqidah Islam.

Jika begitu siapakah yang sebenarnya punyai hak menentukan matlamat-matlamat kebangsaan ? ahli politik atau pegawai-pegawai dalam kementerian ? Sedangkan realitinya segala maklumat kerajaan ada pada kementerian dalam hal yang berkaitan.

Sudah sampai masanya kelompok parti politik perlu bercakap dalam ruang terbuka berdasarkan kemampuan dan data yang ada pada agensi kerajaan atau kementerian. Bukankah kekuatan yang ada pada agensi kerajaan hari ini adalah hasil kerjasama dari semua rakyat dan etnik yang bernaung di bawah kerajaan YDP Agong ? Maka tidak sepatutnya ada parti politik yang mendakwa mereka mempunyai kuasa sakti untuk bercakap hal politik hanya berdasarkan kekuatan bilangan ahli parti mereka sahaja. Walhal dalam rekod pencapaian tidak pernah terbukti kekuasan sakti mereka kalau bukan kerana ada kerjasama dari semua pihak atau kelompok yang tidak tersenarai sebagai ahli.

Hakikatnya pendapat dan kesimpulan dari pakar-pakar di institusi pengajian tinggi dan kementerian kerajaan adalah lebih berhak untuk diberi perhatian kerana mereka bercakap berdasarkan data dan kemampuan kerajaan dalam mengurus kehidupan bernegara bersama rakyat seluruhnya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s