Kebiasaan Yang Salah

“BERCERAI” bukan istilah politik, ia menunjukkan minda yang salah jika digunakan secara rasmi dalam agenda politik. Bagaimana mungkin pemimpin dapat jamin mereka tidak membawa rakyat ke jalan yang salah kalau di awal bicara pun guna istilah yang salah. Apalagi yang rakyat perlu cuba fahami dan bersangka positif jika kesalahan cara fikir pimpinan masyarakat atau bangsawan negara dilakukan seolah-olah tiada tujuan besar atau penting dalam membicarakan politik negara dan bangsa.

Persoalannya , jika selepas ini rakyat turut menggunakan prinsip yang salah dalam beberapa urusan hidup mereka, maka bagaimana dan siapa yang boleh perbetulkan paradigma sebegini jika contoh pendekatan yang salah itu telah digunakan secara rasmi oleh wakil yang rasmi dalam aturan atau topik yang rasmi ? ………… Contoh kerapuhan prinsip. Kerapuhan yang boleh membahayakan rakyat yang tiada pengaruh.

Adakah dunia politik Melayu masih tidak tahu betapa jika ada parti politik lain yang mampu menggunakan pertuturan yang betul dan tepat dalam topik yang dibentang,termasuk dengan jangkaan ketepatan hasil dan masa depannya mereka mampu meninggalkan jauh kedepan kelompok politik yang berbudaya rapuh ? Persoalannya siapa sebenarnya yang meletakkan budaya masyarakat berada di kedudukan yang salah ? Mengapa pula masyarakat perlu mempertaruhkan keselamatan mereka dengan prinsip yang serba tidak betul ini ? Berapa jumlah wang yang rakyat perlu sediakan untuk membayar denda “kesalahan” seperti ini ? Siapa sebenarnya yang menaja untuk meletakkan keselamtan masyarakat berada dikedudukan yang salah seperti ini ?

Nampaknya masih tidak tahu identiti sebenar. “Giliran sebenar” dan “identiti sebenar” adalah dua perkara yang banyak perbezaannya. Menggunakan salah satu kelebihan ini juga adalah tidak sama berbanding jika mampu menggunakan kedua-duanya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s