Peranan Besar Islam

Walau apa yang sedang orang politik fikirkan tentang peranan politik dalam menjamin kelangsungan pemerintahaan kerajaan berdaulat , mereka juga perlu faham bahawasanya prinsip-prinsip utama dan penting Islam juga besar peranannya dalam kehidupan bernegara. Oleh itu jangan lah ada antara kelompok politik ini yang cuba untuk mengurangkan fungsi dan peranan prinsip-prinsip Islam yang telah disepakati oleh ulamak Islam sejak dahulu dalam membina kehidupan yang progresif dan mesra rakyat.

Mungkin kelompok politik yang ada telah terbiasa dengan keselesaan dunia politik dengan elemen kemewahan dan aliran wang atau projek ekonomi yang tidak putus. Hingga akhirnya kelompok ini hanya faham bahawasanya jatuh bangun politik adalah berdasarkan faktor kewangan atau projek ekonomi. Sedangkan teori Islam tidak begitu. Islam meletakkan faktor aqidah sebagai asas utama dalam memastikan aliran politik terbina dengan kukuh dengan jaminan jangkahayat yang panjang. Maka gabungan elemen politik yang bijak memahami prinsip Islam dengan kekuatan sumber perundangan Islam yang terkini adalah sangat perlu jika ingin kepada kesinambungan politik dan kedaulatan yang tidak mudah tergugat.

Kalau lah Islam itu sumber asal rujukannya banyak dalam teks Arab, maka adakah masih tidak cukup jika kita tetapkan bahawasanya kajian prinsip kenegaraan dalam teks Arab adalah sangat perlu demi mencari pedoman yang belum diteroka itu.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s