Aqidah Islam & Demokrasi

Dunia politik yang biasa berkaitan secara langsung dengan elemen kekayaan dan ekonomi sesebuah kerajaan sebenarnya terlalu dangkal. Masa yang ada banyak dihabiskan untuk melayan karenah masyarakat dalam hal pembiayaan atau sokongan pembangunan fizikal. Oleh sebab itu lah ia menyebabkan semua orang tidak sedar bahawasanya segmen aqidah tauhid yang disangkanya hanya semata-mata syahadatain sebenarnya punyai peranan yang lebih penting secara turutannya dalam membina tamadun yang lebih selamat dengan jangkamasa yang panjang.Namun jika masyarakat masih alpa juga , terjadi la apa yang telah berlaku pada hari ini, di mana masyarakat seolah-olah kebingungan tidak tahu keutamaan penyelesaian.

Perebutan dan perselisihan yang berlaku walaupun berkisar pada jawatan dan bidang kerja kepimpinan ia tetap belum mampu menyelesaikan masalah rakyat dan negara sekalipun kejadiannya kerap berulang. Ini semua kerana kedangkalan para perwakilan yang dipilih juga. Hendak meniru gaya demokrasi tetapi tidak berani mengikuti jejak tulen pendokong demokrasi. Rakyat ditipu dengan beralaskan nama demokrasi. Sedangkan sebenarnya demokrasi sebenar tidak berjaya ditunaikan.Akibat tidak berapa tahu tentang ruang lingkup aqidah tauhid, kebanyakan ahli politik terkepung dengan kerangka demokrasi yang mereka sendiri cipta. Sedangkan sepatutnya aqidah tauhid boleh menjamin kedudukan sosial mereka dan masa yang ada boleh digunakan untuk merancang pembangunan tanpa banyak gangguan perebutan yang merugikan.

Sudah tentu perundangan berkaitan aqidah tauhid mampu memperincikan kedudukan Majlis Raja-raja sebagai pihak utama yang punyai hak terpenting dalam mempertahankan dan mewakili aqidah Islam berdasarkan perkembangan terkini. Perincian ini amat perlu berdasarkan perkembangan semasa dunia, gaya hidup yang banyak berubah serta, perubahan budaya yang berlaku. Semua perubahan ini hakikatnya menuntut semua masyarakat Islam melakukan anjakan paradigma dalam kehidupan Islam mereka terutamanya dalam hal aqidah. Akan tetapi mungkin agak sukar berlaku secara serentak atau dalam jumlah yang ramai .

Oleh itu sebagai pilihan terbaik amatlah memadai jika dimulakan dengan perincian hal perundangan berkaitan aqidah tauhid dan kaitannya dengan Majlis Raja-raja serta hak-hak yang berkaitan dengan institusi ini.Gabungan kefahaman berkaitan aqidah tauhid dari pihak Majlis Raja-raja dan rakyat untuk jangkamasa yang panjang mampu mencerahkan kekaburan tentang kefahaman ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s