Pembetulan Paradigma

Hakikatnya apabila sesebuah masyarakat atau negara yang meletakkan Islam sebagai agama anutan atau cara hidup , secara langsung masyarakatnya berada dalam martabat yang mulia. Mulia di dunia dan akhirat. Tetapi jika status mulia ini akhirnya dicemar atau dipersoal sesama sendiri dalam kancah politik, bermakna peranan politik itu telah disalahguna. Sedangkan tujuan asal politik itu sebenarnya adalah bertujuan untuk mengurus kehidupan secara tersusun , namun disebabkan jahil tentang prinsip Islam berkaitan hak-hak persahabatan atau kejiranan atau kemasyarakatan, maka agenda politik yang sepatutnya membantu mengukuhkan prinsip-prinsip penting asas kehidupan telah bertukar kepada kancah yang merosakkan naluri asal majoriti manusia normal.Hari ini masyarakat Islam masih ada peluang untuk memperbetulkan paradigma ini.

Kefahaman tentang aqidah Islam atau aqidah tauhid dapat mengembalikan status mulia yang sepatutnya menjadi identiti asal masyarakat Islam sesama sendiri.Berbanding politik, aqidah Islam secara kekal meletakkan semua penganut aqidah Islam sebagai mulia dengan hak-hak yang jelas dalam semua segmen. Bermula dengan segmen kekeluargaan , kejiranan, kemasyarakatan, pendidikan, gaya hidup Islam, kekayaan, perwarisan, persahabatan dan semua yang dianggap perlu dalam kehidupan telah ada prinsip Islamnya berdasarkan dalil yang terdapat dalam alquran dan hadis serta perincian yang dibuat oleh ulamak Islam. Adalah keterlaluan jika seseorang itu atau kelompok tertentu itu dihina atau dipersoal statusnya hanya berdasarkan kawasan kejiranan tempat mereka tinggal atau mungkin latarbelakang keluarga yang tidak ternama atau parti politik ikutannya. Jika itu halangannya maka ia tidak wajar berlaku sebab ia adalah identiti milik mereka. Bermakna pihak yang mempersoal itu tidak ada asas untuk mempersoal jika tidak benar.

Jika ada yang mendakwa kewajarannya dari sudut politik pun, ia sebenarnya bukan tujuan asal politik. Jika ia berlaku dalam kancah politik, bermakna politik sebegitu adalah gaya yang tidak menjadikan tuntutan aqidah Islam sebagai keutamaan.Apabila ada hadis Nabi Muhammad saw yang menitipkan pesan supaya ” tidak berdengki, tidak bermusuhan, tidak berkonspirasi …….bahkan jadilah sebagai hamba Allah yang bersaudara/ bersahabat” , maka ia adalah jelas betapa aqidah Islam lebih menjurus untuk menjadikan masyarakat itu saling berdamai dan hidup secara aman. Seandainya terdapat pertikaian berkaitan ekonomi atau agihannya, ia juga sepatutnya perlu turut dinilai dengan pertimbangan aqidah tauhid. Ia tidak boleh dibiarkan dinilai dengan prinsip popular yang tidak berasaskan aqidah tauhid.

Setiap warganegara berhak untuk mencukupkan keperluannya samada untuk dirinya atau tanggungannya. Lebih-lebih lagi jika muslim. Sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai anutannya pastinya punyai kefahaman yang jelas berkaitan hak dan keperluan warga muslimnya. Maka mengapa perlu dipersoal dalam segmen politik sedangkan politik itu sendiri hanya wasilah untuk menjayakan proses pengabdian kepada Allah swt. Maka lebih munasabah jika tujuan pengabdian kepada Allah swt itu diberi keutamaan berbanding wasilahnya. Walhal wasilah itu sendiri ada pelbagai jenis dan standard. Sudah tentu jika setiap warga diberi pilihan memilih wasilah masing-masing akan memilih wasilah terbaik untuk diri mereka.

Jika begitu bukankah itu bermakna politik bukanlah wasilah tunggal untuk menjayakan proses pengabdian kepada Allah swt. Bergantung kepada tahap kebijaksanaan masing-masing. Maka sebab itu faktor pendidikan tanpa had amat perlu dalam konteks ini agar maklumat Islam dan lainnya dapat dicapai dan difahami.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s