Hasil Akan Terikat Dengan Prinsip

Dua prinsip yang ada kemiripan tetapi sebenarnya ada perbezaan yang terlalu jauh.Sebagai Muslim yang ada kefahaman aqidah tauhid, jika ia berhabis wang dan harta dengan menginfaqkannya untuk pembiayaan pendidikan Islam, pembinaan masjid , sekolah, fakir miskin dan seumpamanya , maka ia adalah satu pengorbanan dari seseorang yang ada kelebihan rezeki untuk membantu golongan susah atau membina prasarana yang diperlukan oleh generasi Islam secara langsung.

Maka secara tidak langsung juga ia memberi kebaikan kepada kelompok yang benar-benar memerlukan. Lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan pendidikan Islam Arab yang sememangnya menjadi keperluan utama masyarakat Muslim sejak mula Islam sampai ke nusantara benua Melayu dan sampai bila-bila. Dalam waktu yang sama juga jika pihak pemberi infak itu tulus untuk membantu dan hanya mengutamakan ganjaran pahala berinfaq yang ada dalam pelbagai dimensi maka ia adalah satu amalan yang amat membina kepada dirinya dan persekitaran pihak yang diberi sokongan.

Tidak akan ada elemen penganiayaan jika kelompok yang mendapat sokongan dan bantuan kewangan itu juga adalah kelompok tidak berkait dengan kuasa atau perniagaan. Dengan syarat ia berlaku dalam persekitaran atau pakej untuk membina tamadun keilmuan Islam Arab termasuk dimensi terjemahannya bagi memastikan bayangan sunnah Nabawi itu kekal segar dalam minda masyarakat.

Sebaliknya perkara sebegini tidak mungkin berlaku, jika amalan membantu ini didasari oleh faktor kuasa ekonomi atau politik. Sebab kuasa ekonomi dan politik tidak terhad kepada masyarakat Muslim sahaja.Sesiapa pun boleh dan berhak untuk menjadi ikon politik dan ekonomi jika memahami caranya yang sah. Namun kelemahan dalam segmen ekonomi dan politik ini disebabkan mudah berlaku penyelewengan atau tindakan luar batas hingga membawa kepada amalan rasuah atau penipuan. Ini kerana ekonomi dan politik yang tidak berasaskan aqidah tauhid lebih menjurus untuk mengungguli persaingan yang ada. Sedangkan persaingan itu pula tidak berkait dengan apa-apa. Ia sekadar persaingan sesama kelompok yang punyai kemampuan. Maka ia tidak berkaitan dengan sunnah Nabawi jika mereka enggan ikut sunnah Nabawi dan sekaligus terkeluar dari standard aqidah tauhid.

Mungkin timbul persoalan , bagaimana pula dengan arus globalisasi yang telah berlaku ? apakah boleh berpisah dengan arus globalisasi atau demokrasi global ?Sudah tentu perbahasannya terlalu panjang. Walau bagaimanapun sebagai gambaran ringkas , hakikatnya globalisasi telah berlaku sejak sekian lama. Sejak manusia mendiami bumi ini, hanya coraknya yang berbeza.Perkara kedua yang perlu difahami : adalah masyarakat muslim sepatutnya tidak meleburkan agenda pendidikan Islam Arab demi untuk mengikut jejak global, kerana kedua-duanya adalah perlu.Agenda pendidikan Islam Arab ini yang akan berterusan membantu mengukuhkan identiti Islam, walaupun cabarannya juga amat besar. Sebaliknya jika hanya ada satu pilihan sahaja , maka tidak mungkin generasi seterusnya mampu bertahan dengan warisan Islam dengan sempurna dan bermanfaat kepada persekitaran.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s