Aqidah Islam Sumber Perubahan.

Sumber utama kekuatan umat Islam adalah prinsip-prinsip aqidahnya. Jika aqidah dapat difahami dan diamalkan dengan baik maka segala perkara akan menjadi bertambah baik walaupun masih perlu mengambil kira faktor pemulihan dan mempertingkatkan aras kualiti. Semua segmen perlu berkembang secara seimbang. Hakikatnya kuasa ekonomi dan pemerintahan tidak mampu berbuat apa-apa jika tidak disematkan bersama teori aqidah tauhid yang Islam sediakan.

Teori aqidah tauhid ini pula hanya mampu membela masyarakat Islam dan negara keseluruhannya jika ia tersedia dalam silibus pendidikan Islam kebangsaan secara sepenuhnya dengan standard global ( ……kerana mengambil kira keadaan terkini ) yang sudah pastinya hanya dapat dicapai jika ia dalam versi Arab dengan pilihan bahasa lain. Ringkasnya , kekuatan yang kita ada pada era selepas berakhirnya perang dunia kedua dahulu adalah berdasarkan keadaan global ketika itu.

Maka ia kelihatan cukup memadai. Akan tetapi berdasarkan suasana global hari ini dan untuk 1000 tahun akan datang umat Islam hanya boleh selamat jika mereka menyiapkan diri untuk menyelami dan memahami sumber aqidah Islam dalam versi Arab. Iaitu versi yang asal dan bukan terjemahan. Jelas hari ini umat Islam di Asia dan asia tenggara tidak mampu berdepan dengan China. Bahkan saat rebahnya sudah mula boleh di congak dengan kiraan 356 hari ( setahun) dan gandaan setahun berikutnya.

Ini kerana berdasarkan dari prinsip-prinsip utama yang dilakukan oleh masyarakat Islam yang menggambarkan telah ketandusan prinsip penyelamat. Penguasaan teori aqidah tauhid mampu berdepan dengan segala suasana kompleks terutama jika difahami juga oleh majoritinya. TIADA KUNCI YANG LEBIH AMPUH DARI KUNCI AQIDAH ISLAM.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s