Identiti Negara Islam

Secara teknikalnya , berdasarkan prinsip Islam agama Allah swt, umat Islam melalui wakil negara masing-masing perlu memikirkan perancangan untuk mewartakan bahawasanya setiap negara anggota OIC berhak untuk dijamin sebagai negara Islam yang berhak untuk mengamalkan ajaran Islam di negara masing-masing berasaskan aqidah tauhid. Dengan harapan , apabila OIC dapat mewartakan status ISLAM seperti ini , ia dapat membantu negara anggota meningkatkan atau menambah baik mutu/ standard kefahaman Islam secara tersusun dan terarah di peringkat domestik mahupun global.

Ia juga pasti dapat melindungi negara anggota dari mana-mana perkembangan global yang berpotensi mengancam aqidah umat Islam. Ini adalah hak asasi umat Islam. Umat Islam berhak secara rasminya diperingkat global untuk mempertahankan hak ini. Secara prinsipnya , Islam adalah agama Allah swt, yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul terakhir,. Islam ini tersebar dan diterima oleh masyarakat dunia melalui umat Islam sendiri dan bukan melalui selain manusia.

Samada melalui pendidikan di sekolah , universiti atau masjid atau program-program rasmi masyarakat. Oleh itu berdasarkan berbagai perkembangan global hari ini , negara-negara OIC perlu berusaha untuk merealisasikan pewartaan ISLAM sebagai hak mutlak bagi negara-negara Islam OIC. Mudah-mudahan apabila wujud peruntukan khas STATUS ISLAM ini , ia tidak boleh dipersendakan sampai bila-bila. Seandainya selepas pewartaan STATUS ISLAM ini nanti memerlukan negara-negara OIC mewujudkan segmen perundangan yang dapat membantu mengekalkan STATUS ini , maka ia adalah lebih baik berbanding hanya bergantung kepada sistem prundangan domestik.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s