Penawar Yang Masih Terhijab

Hakikatnya , para pegawai persekutuan amat mahir dalam menjaga kepentingan kerajaan persekutuan semasa walaupun dalam persekitaran pakatan yang sering bertukar. Di pihak parti atau pakatan politik pula ,walaupun mereka berusaha untuk menyelamatkan sistem bernegara dengan menyempurnakan tuntutan semasa berdasarkan pemikiran majoriti rakyat , namun ia suatu yang agak sukar terutama jika di nilai pada skala kejayaan yang lebih besar dan berkesan untuk masa depan negara.

Punca masalah adalah disebabkan sistem pendidikan sedia ada yang belum mampu melahirkan generasi yang boleh menjawab tuntutan dan persoalan masyarakat dalam bernegara secara menyeluruh. Kelemahan ini boleh dilihat berdasarkan tindak balas ahli politik yang terlibat secara langsung, di mana mereka masih belum mampu melepasi kelebihan yang dimiliki oleh para pegawai persekutuan , walaupun peluang berkuasa dan ruanglingkup yang diberi amat besar termasuk dalam hal merancang atau mengambil manfaat langsung dari mandat lantikan yang ada.

Kalau benar ada ( kemampuan ) sudah pasti telah ada pelancaran agenda menyelesaikan tuntutan atau kemelut bernegara berdasarkan pelbagai perkembangan yang berlaku terutamanya dalam hal yang baharu timbul atau lama tapi belum terlerai.Beza skala antara pengalaman pegawai persekutuan dengan kehendak dan kematangan kelompok politik agak ketara. Mungkin kelompok politik hanya menyangka ia hanya masalah peruntukan dana, projek ekonomi dan teknologi semasa.

Manakala para pegawai persekutuan melihat ia berkait secara langsung dengan faktor integriti yang masih belum mampu diterjemahkan oleh mana-mana pakatan politik termasuk yang veteran walaupun dalam era politik yang agak terbuka dan mesra persaingan. Begini lah senario yang berlaku dalam politik hari ini. Namun ia tetap boleh berulang jika masih belum ada budaya melihat kepada sumber rujukan yang diterima dalam kategori yang dipercayai.Hakikatnya sebagai seorang Muslim yang merdeka , samada kita hidup dalam persekitaran kancah demokrasi berparlimen atau sekadar di ceruk kampung pedalaman, pesanan Nabi Muhammad saw dan panduan alquran perlu diambil tahu selagi bernyawa.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s