Anjakan Paradigma Islam

Jika ketika 70 tahun yang lepas masyarakat Islam di Malaysia dapat dibela dan dijamin identiti Islamnya hanya melalui seorang wakil pakar dari Pakistan untuk merekodkan ISLAM sebagai agama persekutuan dalam perlembagaan persekutuan, ia sebenarnya sudah tidak lagi mampu mengekalkan jaminan itu untuk masa ini secara menyeluruh dan berkesan. Ini kerana budaya hidup masyarakat dunia sudah banyak berubah. Banyak juga nilai-nilai baharu yang telah mengambil alih nilai-nilai lama yang wujud di pertengahan kurun ke 20 dahulu.

Masyarakat dunia sendiri sudah tidak mampu bersama nilai-nilai yang tidak cekap dan tidak mesra. Majoriti generasi baharu global melihat kehidupan adalah untuk bersama-sama mengambil peluang secara berperingkat dan bukan untuk bercakaran atau menindas berdasarkan persamaan yang terlalu banyak antara kelompok manusia. Sedangkan perbezaan kritikal yang ada pun masih ada peluang untuk difahami bersama secara teknikal berdasarkan asas falsafah kehidupan yang banyak persamaannya. Agak melampau jika kita membiarkan umat Islam yang mempertahankan risalah Muhammad saw tidak diberi peluang yang sama dalam menggunakan kebebasan hak identiti Islam mereka hanya kerana gagal menggunakan hak teknikal dalam mewartakan identiti Islam melalui pertubuhan rasmi seperti OIC atau yang seumpamanya.

Di kalangan umat Islam sendiri , jika lingkaran kehidupan mereka hanya tertumpu pada persekitaran domestik yang berbudaya mundur ia seakan tidak memberi sebarang kelainan. Tetapi bagi kelompok muslim yang budaya kerjanya melangkaui lingkaran domestik bahkan mencecah dan merentas dunia global samada secara fizikal mahupun secara maya atau imaginasi , mereka pasti akan dapat manfaat yang besar seluas ukuran global.Maka adakah “kesediaan global” yang mampu menerima ” persamaan global ” itu satu perkara yang sia-sia ? Walhal Allah swt menyatakan bahawasanya utusan Muhammad saw ini akan menjadi rahmat untuk sekelian alam.Walau bagaimanapun tidak dinafikan , bukan semua kelompok mampu memahami peluang teknikal ini dengan baik dan bertanggungjawab. Ini semua kembali kepada latarbelakang pendidikan mereka.

Umpama kelompok yang dilatih untuk memahami tanggungjawab kerja yang banyak, pasti mampu memahami potensi hasil kerja yang setimpal. Berbanding kelompok yang dilatih untuk memahami tanggungjawab kerja yang sedikit dan ringkas , pasti hanya mampu menanggung beban dan hasil yang sedikit.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s