Antara Pilihan Kualiti

Salah satu cara untuk keluar dari perkapita Melayu yang kerdil ialah dengan menjadikan melayu sebagai bangsa yang boleh survive di mana-mana di dunia ini. Perlu memiliki pemikiran yang universal. Tak salah kalau ramai melayu kahwin dengan bangsa lain dari seluruh dunia asalkan mereka tetap hormat dengan perlembagaan persekutuan termasuk majlis raja-raja melayu.

Semua ini akan berubah menjadi mega dan universal setelah silibus pendidikan menepati kriteria itu termasuk silibus pendidikan Islam. Silibus pendidikan Islam itu nanti akan menjadi satu-satunya penjamin kepada kelangsungan institusi Raja-raja Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui , ruanglingkup pemikiran Islam di negara kita juga adalah kecil. Maka telah sampai masanya ruanglingkup ini diperbesar. Selain melalui peningkatan taraf pendidikan Islam kebangsaan, sebagai salah satu negara OIC seharusnya menggunakan kelebihan dan peluang keahlian ini untuk memperbaharui STATUS ISLAM melalui pertubuhan tersebut kerana ia dapat membantu meningkatkan keyakinan dan jatidiri orang Melayu dipersada antarabangsa.

Dalam perkembangan global semasa , menggunakan OIC sebagai medium untuk meningkat taraf atau status Islam adalah perlu. Ini kerana status Islam yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan sudah tidak mampu memberi gambaran hak universal yang sepatutnya masyarakat Islam perolehi. Tanpa hak islam universal orang melayu tidak akan mampu melangkau jauh.Ada banyak prinsip-prinsip global yang terdapat dalam Islam.

Namun oleh kerana masyarakat melayu tidak mempelajarinya di alam persekolahan dan pendidikan , maka majoriti orang melayu tidak mampu memanfaatkan jaminan dan hak yang telah wujud dalam Islam sejak Nabi Muhammad saw masih hidup lagi.Jika orang melayu melihat orang barat sebagai kelompok kapitalis semata-mata, mungkin majoriti kita beranggapan mereka serba tidak tahu. Akan tetapi jika kita melihat mereka sebagai kelompok bangsa yang memahami perjalanan kisah para nabi sebelum Nabi Muhammad saw , maka sangkaan baik kita itu nanti lambat laun akan memudahkan perjalanan masa depan masyarakat . Masih banyak kisah para nabi yang perlu dijadikan sumber bekalan dan inspirasi hidup . Tanpa kehadiran anbia dalam hidup kita , kita tidak akan ke mana.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s