Pertalian Yang Tidak Putus-prinsip penting Islam

Dalam apa jua keadaan umat Islam perlu memahami beberapa prinsip paling utama yang telah dijelaskan oleh ulamak sejak kurun pertama hijrah lagi. Antara prinsip tersebut adalah mengikuti konsep / prinsip ” pertalian yang tidak putus” . Maksud pertalian yang tidak putus ini adalah , dengan memastikan segala kerja yang hendak dibuat itu ada sumber rujukannya secara syarei.

Konsep ini adalah menyamai dengan konsep yang terdapat dalam ulum hadis dalam menentukan samada sesebuah hadis itu diterima atau tidak yang diistilahkan sebagai ‘ Ittisol sanad’ اتصال السند . Kerana jika ada sesuatu hadis itu diriwayatkan, maka ia tidak boleh diterima sebagai hadis sahih atau hasan jika belum dapat ditentukan sumber yang sah hadis itu diambil. Jika ia bukan hadis sahih atau hasan bermakna ia adalah hadis daif . Hakikatnya masyarakat Islam telah mengamalkan prinsip ini dalam kehidupan sejak Nabi Muhammad saw masih hidup. Ia kekal diamalkan sehingga sekarang terutama setelah ulamak hadis memperincikan konsep ini dalam ulum hadis. Prinsip ini juga turut diguna pakai dalam ilmu Islam yang lain seperti ulum alquran , usul feqh dan sebagainya.

APA KELEBIHAN PRINSIP INI ?

Prinsip “pertalian yang tidak putus” ini teramat penting dan besar fungsinya dalam kehidupan umat Islam. Sebab prinsip ini dapat menjamin 100% ketulenan sumber kepada sesuatu perkara atau amalan yang hendak dilakukan. Secara ringkasnya, oleh kerana Islam yang kita amalkan ini adalah diambil dari Nabi Muhammad saw, maka secara mudah fahamnya apabila sesuatu amalan itu terbukti ada sumbernya dari Nabi Muhammad saw maka ia secara otomatik boleh diterima.

Berdasarkan hadis yang ada atau nas alquran dan jika perlu juga menggunakan ijmak ulamak atau qias. Keempat-empat perkara ini menjadi penanda aras kepada segala konsep penerimaan sesuatu keperluan atau tuntutan atau amalan yang diperlukan oleh umat Islam. Kelebihan prinsip ini , ia bersifat merentas benua, kerana sememangnya Islam ini untuk seluruh dunia. Maka secara asasnya jika prinsip ini wujud bermakna semua keperluan umat Islam adalah perlu diterima kecuali jika terdapat syarat lain yang diperlukan atas faktor yang munasabah. Bermakna prinsip ini telah berjaya menyelamatkan umat Islam dari terbelenggu dengan konsep lain yang mungkin bersifat memperhambakan sesama manusia.Hakikatnya manusia adalah makhluk yang paling sempurna maka hargailah kehidupan manusia yang ada. Manakala syahadatain pula adalah lafaz yang paling mulia dan besar nilainya , maka jangan lah dipersia.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s