Pertalian yang Tidak Putus-satu pilihan

Konsep ” pertalian yang tidak putus” ini yang merupakan antara identiti tulen agama Allah swt, secara universalnya pada kebiasaan global zaman moden ini, dapat memberi ruang tanpa batas untuk explore kehidupan di bumi. Ia menyamai kebiasaan yang berlaku pada masyarakat bukan Islam dari sudut ruang lingkup capaian kepada segala manfaat yang ada di muka bumi.Sejak kedatangan Nabi Muhammad saw, secara praktikalnya majoriti umat Islam kurang memanfaatkan segala peluang yang ada di dunia ini disebabkan beberapa faktor kemanusiaan atau prinsip hidup. Namun apabila empayar Islam dapat membantu merungkai pelbagai kekusutan hidup melalui kewibawaan ilmuan dan pakar Islam, maka hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam semakin baik dalam sesetengah perkara pokok dan penting.

Walaubagaimana pun masalah dalaman masyarakat Islam sendiri , adakalanya merencatkan nilai baik ajaran Islam dari terus menyuburkan prinsip universal kehidupan. Hakikatnya Islam adalah agama yang punyai sistem serba lengkap yang bermatlamat untuk mengatur kehidupan secara tersusun. Bermakna Islam datang untuk membimbing dan menyelamatkan manusia. Tidak kira dari etnik mana sekalipun.Antara masalah dalaman masyarakat Islam adalah ketidakkemampuannya untuk memahami dan menguasai ajaran Islam secara sempurna. Masalah ini bukan perkara baharu, kerana ia telah berlaku sejak era empayar Abbasiah apabila berlaku percampuran dengan kumpulan manusia dari luar kawasan bangsa Arab yang diistilahkan sebagai ajam ( bukan arab ). Namun masalah bahasa ini mungkin tidak lagi menjadi masalah besar kerana teknologi terkini mampu membantu untuk menguasai bahasa Arab.

Kadar penguasaan bahasa arab yang terlalu lemah menyebabkan masyarakat Islam sendiri tidak dapat menguasai ilmu Islam secara mudah dan sempurna. Sudah tentu berbeza tahap penguasaan ilmu islam antara kelompok yang menguasai bahasa arab dengan kelompok yang lemah atau tiada langsung. Ini mengakibatkan Ilmu Islam tersekat dari menjalar dalam pemikiran dan kehidupan masyarakat Islam secara sempurna dan kekal. Kelemahan ini secara tidak langsung telah melahirkan masyarakat Islam yang hanya memahami beberapa perkara pokok sahaja, sedangkan kepesatan kehidupan itu sendiri menuntut agar masyarakat Islam dapat mencari jawapan atau penyelesaian kepada urusan yang disantuni setiap ketika. Semua ini berlaku dalam tempoh yang agak lama dan mungkin grafnya semakin menurun hingga menghalang masyarakat Islam dari memanfaatkan sepenuhnya kewibawaan ciri universal Islam.

Kupasan lengkap prinsip “pertalian yang tidak putus” ini ada di dalam ulum hadis terutamanya dan beberapa ilmu Islam lain. Setidak-tidaknya dapat memberikan gambaran am kedudukan individu dan masyarakat Islam dalam kehidupan domestik dan global. Ini kerana prinsip ini juga memberi kelebihan yang sama kepada institusi atau agensi yang berada di bawah pentadbiran sesebuah kerajaan negara Islam. Namun demikian kelebihan ini memberi skala yang berbeza antara apa yang diperolehi oleh rakyat awam berbanding institusi bawah kerajaan. Walau bagaimanapun bagi kelompok yang menguasai ilmu Islam pada tahap yang lebih sempurna , ada kemungkinan untuk kelompok ini dapat mencari penyelesaian dengan pantas sekalipun jika bukan dari kalangan bangsawan.

Manfaat nyata yang harus dirasai oleh umat Islam dengan prinsip ini sepatunya adalah bebas untuk menjelajah dunia sebagai hamba Allah yang patuh. Juga menjadi tuan kepada bumi ini secara bertanggungjawab selagi bernyawa.

Ini kerana dunia ini sememangnya dicipta untuk keselesaan manusia.

{اللَّهُ الَّذِي سَخَّرَ لَكُمُ الْبَحْرَ لِتَجْرِيَ الْفُلْكُ فِيهِ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ * وَسَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِنْهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ} [ الجاثية 12-13]

Makna ayat :

(12) Allah la yang menundukkan laut untuk kamu, agar kapal-kapal dapat belayar di atasnya, dengan perintahNya. Juga agar kamu dapat merasai kurniaanNya supaya kamu bersyukur. (13) Dan Dia juga menundukkan kepada kamu segala apa yang Dia miliki di langit dan apa yang Dia miliki di bumi,kerana semua itu adalah petanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang berfikir. ( Surah alJasiah )

Terpulang kepada manusia samada mahu memilih cara yang elok atau sebaliknya, kerana setiap tanggungjawab yang diambil itu adalah amanah yang akan dipersoalkan di akhirat.

( ياأيها الذين آمنوا أوفوا بالعقود [ المائدة : 1 ]

Makna ayat : Wahai orang-orang yang beriman , penuhilah segala janji-janji kamu ………( Surah alMaidah : 1 )

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s