Pertalian yang Tidak Putus – Tunggal & Berkesan

Samada melalui OIC atau jika Khilafah Islam wujud sekalipun, hanya konsep ” pertalian yang tidak putus” berdasarkan metodologi “Ittisol sanad” ( اتصال السند ) yang asal tumbuhnya dari ulum hadis sahaja yang mampu menyelamatkan seluruh tamadun Islam dan segala legasinya untuk kekal bernyawa dan berkembang.

Adapun medium lain yang wujud di era pasca perang dunia kedua : ia adalah berdasarkan peluang yang wujud ketika itu berdasarkan perkembangan global selain faktor latarbelakang standard pendidikan Islam semasa yang masih belum tersusun berbanding tuntutan mengurus kerajaan atau negara.Samada teori atau prinsip Islam dalam mengurus jentera kerajaan atau mengurus kesepaduan prinsip kehidupan, kesemuanya telah dijelaskan oleh para ilmuan dan ulamak Islam.

Persoalannya sekarang , adakah semua teori yang telah diterangkan ini wujud dalam minda masyarakat Islam dan kerajaan yang memerintah ? Bermakna jika semua teori ini tidak wujud dalam sistem semasa secara praktikal atau tersedia untuk diguna, bagaimana mungkin persoalan yang timbul dapat dijawab atau diselesaikan ? Sedangkan dunia teknologi hanya sekadar menyelesaikan tuntutan semasa berdasarkan gaya hidup yang dicipta sendiri oleh manusia sebagai satu cara untuk mempermudahkan urusan hidup dari sebuah kehidupan yang telah ada asas yang baik.

Sebaliknya jika asas kehidupan itu berada dalam keadaan rosak maka tidak akan ada teknologi yang mampu menyelamatkan kehidupan ini. Dari sinilah prinsip “pertalian yang tidak putus ” ini memulakan peranannya dalam membina asas kehidupan sekira-kira menepati kriteria untuk melayakkan manusia berperanan sebagai khalifah di muka bumi ini untuk mengurus segala amanah kehidupan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s