Kebajikan : Pimpinan & Rakyat.

Apabila rakyat bawahan terjaga status sosial semasa mereka sebagaimana para pimpinan atasan, maka kestabilan juga akan kekal wujud. Ketika ini tidak mungkin masyarakat akan mencari jalan yang salah. Maka perkara sebaliknya juga akan berlaku jika keadaan semasa adalah sebaliknya.Kalau kita berada di era 70an, mungkin ada pula yang bangga jika mereka berjaya termasuk dalam kelompok yang mencuba helah yang salah, demi menjaga kepentingan masing-masing. Semua kecenderungan yang salah ini akan hilang dan menjadi sejarah jika paradigma masyarakat diatur agar beralih ke paradigma yang lebih sesuai untuk era ini. Berdasarkan pencapaian pendidikan Islam global ( versi arab terutamanya ) yang semakin meningkat mutu dan capaiannya, maka peluang pendidikan Islam yang lebih baik dan sempurna agak mudah untuk dicapai untuk masa ini.

Dengan peluang yang lebih besar ini, ia boleh memungkinkan masyarakat Islam mengakses pendidikan Islam dalam standard yang lebih baik dan bermutu tinggi walaupun mungkin melalui saluran percuma atau tidak rasmi. Walaubagaimanapun apa yang lebih penting dari pendidikan Islam ( versi Arab ) ini adalah betapa perlunya masyarakat Islam memahami keperluan untuk mereka melayakkan diri dalam kelompok yang mempunyai keupayaan untuk berada dalam mana-mana gerombolan yang mempunyai “pertalian yang tidak putus” dengan sumber kenabian Muhammad saw. Dalam erti kata yang lain, mereka bersedia dan mampu memastikan segala keputusan yang dibuat masih berada dalam jalur pertalian yang tidak putus itu dengan kemampuan untuk memilih hujah atau dalil yang ada dalam sumber kenabian. Untuk era ini , sebagai seorang Muslim, keupayaan sebegini adalah suatu standard terbaik yang dapat meninggikan taraf dan nilai peribadi seseorang serta masyarakat. Ia juga dijamin mampu membuka banyak lagi taraf dan martabat yang belum pernah terjadi selama ini pada majoriti masyarakat Muslim bukan Arab.

Di sini lah titik tertinggi aras yang selama ini diusahakan oleh pendakwah Islam Arab hingga ke nusantara alam Melayu. Ketundukan dan kepatuhan yang dituntut perlu turut dibuktikan dengan budaya pengambilan sumber prinsip dari jalur kenabian secara langsung walaupun mungkin awalnya agak sukar. Hakikatnya manusia berasal dari Adam alaihissalam. Maka kelompok para nabi juga yang diutus untuk menyelamatkan generasi yang ada walaupun datang kemudian.Ringkasnya apabila jalur langsung kenabian yang menyambungkan terus setiap muslim kepada sumber asli kenabian atau mukjizatnya, maka ia adalah jaminan sebenar yang terbit sebagai hasil dari usaha dakwah yang telah dimulakan oleh pendakwah Arab sejak berkurun lamanya.Ia adalah salah satu hasil penting dari usaha dakwah yang selama ini berjalan. Ia bakal membuka ruang dan peluang yang tidak akan habis selama-lamanya jika difahami dengan baik. Ia sudah lama wujud. Ia wujud sejak mula Nabi Muhammad saw diutus. Sedangkan punca kelewatan khabar ini sampai ke sesebuah masyarakat adalah disebabkan kekurangan penggunaan bahasa Arab dalam menggali ilmu Islam.Berbanding jika sebaliknya, pasti banyak pintu peluang yang akan terbuka lantaran berterusan mengambil sumber prinsip Islam dari jalur nubuwah tanpa putus.

Sebagai gambaran, apabila seluruh masyarakat telah terbiasa menggunakan hujah atau dalil atau prinsip dari sumber nubuwah maka sesiapa pun akan rasa dirinya mulia dan patut dihargai kerana sentiasa menggunakan hujah yang diambil terus dari sumber kenabian. Maka status yang wujud adalah berdasarkan ada atau tidak kaitannya dengan kenabian. Hingga akhirnya minda yang terbentuk dalam setiap individu adalah dengan prinsip untuk membebaskan perhambaan sesama manusia sebagaimana prinsip aqidah yang telah Nabi Muhammad nyatakan.Apabila setiap masyarakat berbangga dengan kerja membebaskan manusia dari belenggu perhambaan, berdasarkan metodologi yang diambil terus dari sumber kenabian, matlamat untuk menghargai setiap manusia akan tercapai. Hingga akhirnya setiap pimpinan tertinggi tidak perlu menghina rakyatnya sendiri hanya semata-mata ingin kelihatan berdarjat tinggi.

Begitu juga rakyat bawahan , mereka tidak perlu ke tahap menongkah segala-galanya hanya kerana mahu kelihatan bijak dan sentiasa di luar kotak pemikiran pimpinan masyarakat. Apabila masing-masing yakin segala langkahnya adalah ikutan dari sumber kenabian, maka tidak mungkin ada lagi yang mensia-siakan peluang, samada para pimpinan atau rakyat bawahan. Kecuali jika ragu dengan kenabian Muhammad saw.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s