Kehidupan Dalam Demokrasi

Tidak dinafikan faktor majoriti perlu dalam mengurus sistem demokrasi. Tetapi kehidupan ini bukan bergantung kepada elemen demokrasi semata-mata. Sebuah kehidupan itu lebih besar dari satu sistem demokrasi. Boleh dikatakan antara tujuan demokrasi adalah untuk membuka peluang kehidupan yang mungkin tertutup angkara sifat buruk manusia. Tetapi cuba bayangkan jika kehidupan ini juga terhalang angkara demokrasi yang bersembunyi dan berselindung di sebalik sebuah jentera pentadbiran atau sistem politik.

Agak keterlaluan jika kehidupan manusia ini ditafsirkan sebagai politik atau demokrasi atau ekonomi semata-mata. Angka dapatan dari rekod yang diketahui ramai rakyat tentang perkapita, wang simpanan bank dan kwsp serta banyak lagi yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi sudah cukup menggambarkan peluang demokrasi yang diamalkan sejak selepas merdeka adalah kurang memberangsangkan atau tidak mencukupi untuk melepasi had berjaya sebelum kita mempersalahkan generasi terkemudian tentang kegagalan mengurus, jika diukur dari sudut yang dipinta.Sedangkan dalam tamadun Islam, antara sistem pendidikan dan sistem pengurusan adalah saling berkait secara langsung. Islam tidak menuntut sesuatu tugasan yang tidak pernah dijelaskan prinsip dan teorinya.

Maka sekiranya kegagalan itu berpunca dari kekurangan atau kelemahan dari teori atau falsafah berkaitan konsep tugasan, maka ia bukan suatu kesalahan mutlak. Maka sudah pasti jika kita mahu hasil yang terbaik tanpa dipertikai, kita memerlukan teori lengkap berserta falsafah berkaitan sesuatu agenda samada besar atau kecil-kecilan. Apa guna kita berbangga sebagai pendokong demokrasi jika amalan demokrasi kita tidak mampu mengubah nasib sosial dan cara pemikiran rakyat jelata. Demokrasi hanya sebuah sistem yang lahir dari kejayaan manusia membebaskan diri. Sedangkan demokrasi sendiri belum mampu menjamin semua hingga ke saat ini. Walaupun demokrasi itu masih berguna, tetapi ia tidak boleh menafikan peranan faktor keagamaan terutamanya Islam yang menjadi agama persekutuan.Sebagai contoh : seseorang pengurus pentadbiran didakwa sebagai penjenayah yang bersalah kerana ada bukti salah guna kuasa dalam tadbir urus.

Sebagaimana yang kita semua tahu sistem pentadbiran hari ini kebanyakannya dicipta berasaskan prinsip demokrasi. Persoalannya, bagaimana pula jika sekelian ahli atau parti politik yang diberi ruang demokrasi, tetapi didapati tidak menggunakan kuasa /ruang demokrasi untuk semua ? sebaliknya hanya menjadikan demokrasi itu untuk kelangsungan kelompok tertentu ! bukankah ini juga tidak ada bezanya dengan salah guna kuasa ? hakikatnya kedua-dua contoh salah guna ini berlaku dan wujud . Ia hanya dibezakan oleh ruang medan di mana hak penggunaannya itu diperakui atau dicadangkan. Tetapi definasi atau neraca salah boleh dinilai di mana-mana sekalipun di luar bidang kuasa agensi berkaitan.Oleh sebab itu timbul persoalan lain , apa sebenarnya yang sistem demokrasi mahukan ? bertujuan membenteras salah guna kuasa atau memberi hak demokrasi berperlembagaan kepada semua atau sekadar mahu bergabung dengan pengamal demokrasi dari luar ?

Sebelum jawapan muktamad kita peroleh, adalah perlu diingat sekali lagi bahawasanya kehidupan dan tuntutannya itu lebih besar dari sekadar demokrasi yang terlalu bergantung kepada imej ekonomi.Islam meletakkan kehidupan ini sebagai satu anugerah abadi kepada manusia. Sebab kehidupan itu bagi seseorang Muslim akan kekal wujud bagi setiap yang pernah hidup di muka bumi ini. Ia cuma dibezakan oleh dunia rahim ( kehamilan ) , dunia nyata , alam barzah dan alam akhirat. Sedangkan alam akhirat itu pula tiada penghujungnya. Walau bagaimanapun kehidupan selepas alam nyata ini memerlukan jaminan bekalan tertentu yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim. Tanpa jaminan bekalan yang mencukupi bermakna tiada jaminan selamat. Jaminan bekalan ini perlu disediakan ketika seseorang Muslim itu masih berpeluang hidup di dunia nyata ini. Di sini sahaja peluang yang ada sebelum mati atau sebelum berhijrah ke alam barzakh.

Persoalannya apa jaminan yang sistem demokrasi boleh beri kepada sekelian umat Islam untuk dijadikan bekalan sebelum mati ?Ataukah sistem demokrasi akan menyerahkan tanggungjawab ini kepada agensi berkaitan terutamanya agensi agama Islam ?Untuk pengetahuan pendokong demokrasi sekelian, bahawasanya agenda untuk menyediakan jaminan bekalan yang mencukupi sebagai bekalan hijrah ke alam barzakh telah ada dan telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad saw sejak baginda masih hidup lagi. Ia termasuk juga dalam sesetengah perkara yang diterangkan oleh para ulamak Islam terdahulu.

Seandainya sistem demokrasi masih belum menemui jawapan yang dipinta , bukankah itu bermakna demokrasi itu yang terlalu kerdil dan serba kekurangan ? Bahkan seandainya sistem demokrasi hanya meniru jawapan yang disediakan oleh Nabi Muhammad saw itu juga membuktikan sistem demokrasi yang meniru sistem Islam dari sumber nubuwah.Jika ada soalan : Demokrasi yang memerlukan kehidupan atau kehidupan yang memerlukan demokrasi ? Andai soalan ini pun sistem demokrasi tidak mampu menjawab , maka usah la terlalu memperkecilkan kuasa kehidupan yang Allah swt anugerahkan ini. Allah swt juga menyertakan bukti anugerah kehidupan yang tidak ternilai ini kepada manusia yang serba kerdil melalui alquran dari surah aljasiah ayat 13.وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُ ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ : سورة الجاثية :13Makna ayat : Semua yang ada di langit dan di bumi adalah anugerah dari Allah swt. Semua itu menjadi petanda bukti keEsaan Allah bagi orang yang mahu berfikir. Surah aljasiah : 13

Jika sistem demokrasi hanya mahu mengambil tahu tentang peluang kelangsungan kelompok tertentu, bukan kah itu menunjukkan ia terlalu lemah ? sedangkan Allah swt secara jelas menganugerahkan segala-galanya yang ada di langit dan di bumi kepada manusia ! kalau begitu siapa sebenarnya yang melakukan salah guna kuasa ?Untuk pengetahuan pendokong demokrasi sekelian , semua maklumat berkaitan teori dan falsafah hidup Islam ini juga hanya boleh didapati dalam pakej yang lengkap sekiranya ada hubungan langsung dengan jalur pertalian yang tidak putus dengan Nabi Muhammad saw . Ia tidak akan dapat diperolehi dari sumber lain.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s