Memahami Majoriti

Majoriti juga boleh diukur dari pelbagai cara yang munasabah. Tidak salah juga jika majoriti turut diukur dari pendapat kelompok rakyat B40 sahaja atau kelompok ahli biasa kepada sekelian parti politik sahaja atau kedua-duanya. Ini kerana majoriti inilah yang sebenarnya menanggung kesan langsung dari dasar-dasar kerajaan yang dibuat oleh para menteri. Sedangkan semua calon menteri pula, samada mereka kekal berjawatan atau tidak, status sosial mereka tidak tergugat atau terjejas. Sebaliknya kelompok yang akan menanggung segala perubahan dalam kerajaan adalah kelompok B40 atau ahli biasa parti yang tidak banyak kepentingan.

Persoalannya mengapa demokrasi hanya diukur berdasarkan kecenderungan pimpinan tertinggi masyarakat sahaja ? sedangkan sejak awal lagi telah jelas betapa usaha membina sistem demokrasi itu melibatkan semua kelompok masyarakat termasuk yang terpaksa bergerak dngan kerusi roda atau penganggur di setiap PRU yang berlangsung ! Tanpa PRU bermakna tidak mungkin demokrasi berparlimen akan tertegak. Tapi mengapa setelah parlimen berjalan, peranan dan nasib rakyat yang sama-sama menyokong pembinaan sistem demokrasi dalam PRU dipandang remeh ? seolah-olah demokrasi hanya milik pimpinan parti! Ini adalah fahaman yang salah berkaitan demokrasi. Dari sumber manakah kefahaman ini diambil ? Kitab apa yang mereka baca ? Siapa pengarangnya ?Kalau pun benar parti politik telah banyak membantu ahli, tapi parti politik itu sendiri tidak punyai sebarang nilai jika tidak ada kerjasama dalam membina sistem demokrasi dengan melibatkan semua rakyat.

Itu menunjukkan bukti jelas betapa sistem demokrasi ini hanya akan membina tamadun jika ia melibatkan semua. Sebaliknya jika demokrasi yang dibina hanya untuk kelompok tertentu bermakna sistem demokrasi itu sebenarnya berselindung dan menumpang dari sistem perhambaan yang tercipta secara tidak langsung angkara sikap angkuh pimpinan tertinggi.Sedangkan sistem perhambaan pula tidak mungkin wujud sesama kelompok rakyat yang sama status. Kecuali jika memang tidak ada pilihan lain seperti zaman sebelum merdeka dahulu, jika ada! berdasarkan kefahaman semasa tentang perhambaan dan penyelesaiannya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s