Indeks Demokrasi

Apabila “musuh politik” dan “prinsip demokrasi” wujud serentak dalam persekitaran dan zone waktu yang sama, ia adalah petanda betapa kerangka demokrasi yang sedang diamalkan ini berada dalam keadaan yang “terlalu ganjil”. Ia tidak sepatutnya begitu. Lebih-lebih lagi Islam datang adalah untuk membebaskan manusia dari terus menjadi hamba sesama manusia.

Dari sumber apakah “musuh politik” ini diperolehi ? sedangkan peluang yang diberikan kepada prinsip demokrasi melebihi tempoh yang munasabah untuk mendominasi keadaan atau menukar status musuh kepada status warga terhormat.Jika ada pendokong demokrasi tidak tahu batasan munasabahnya , adalah lebih baik peluang juga diberi lebih kepada kelompok yang lebih berjaya dalam menjayakan prinsip demokrasi.

Demokrasi tidak sepatutnya dirujuk kepada kelompok tertentu sahaja. Sebagai contoh , mana-mana agensi kerajaan berhak untuk mengamalkan prinsip demokrasi jika benar dapat memberi kebaikan kepada kestabilan negara, seandainya kelompok politik sedia ada yang menerima mandat PRU tidak mampu untuk menjayakan prinsip demokrasi melebihi dari kapasiti bilangan ahli mereka atau tempoh waktu yang telah berjalan.

Dalam konteks ini ada dua rujukan jika diperincikan. Ia samada dari sumber rujukan Islam atau rujukan sumber dari sistem demokrasi. Jika dari sumber Islam sudah tentu berdasarkan asas persahabatan aqidah Islam yang boleh melibatkan sesama Islam dan bukan Islam. Prinsip demokrasi juga melibatkan semua tetapi paksinya agak terhad dan bergantung kepada kadar penembusan pendidikan sesebuah negara atau budayanya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s