Indeks Kejayaan

Bacaan indeks politik dan indeks kekeluargaan ( bangsa) jika tidak dalam angka yang munasabah , bermakna menuju kegagalan secara perlahan walaupun dinafikan. Sebab tidak ada orang yang hidup kerana sengaja memilih kesusahan atau kegagalan. Jika ada kelompok yang merancang ke arah kegagalan bermakna mereka ini tidak faham mengapa mereka mewarisi tamadun manusia. Contoh paling mudah adalah bangsa Cina, majoriti mereka adalah berjaya dan mewarisi budaya untuk berjaya. Mereka juga dikenali sebagai bangsa yang memelihara hubungan kekeluargaan. Sudah pasti kejayaan itu datang kerana ada faktor memelihara faktor keturunan ( kekeluargaan) sebelum faktor lain. Ini kerana setiap individu itu datang dari sebuah kelompok keluarga.

Industri dan pangkat bukan dicipta untuk meruntuhkan kekeluargaan. Ia hanya sebagai penggalak aktiviti bukan pemusnah. Jika ia digunakan sebagai pemusnah keturunan atau kekeluargaan bermakna manusia yang menggunakan industri atau pangkat itu jahil tentang erti tamadun dan kemanusiaan. Jika berterusan tidak mustahil bangsa seperti ini akan berakhir dengan menerima tindak balas dari seluruh dunia yang masih memelihara aspek kemanusiaan dan kekeluargaan. Maka jangan lah kita anggap diri kita ini sebagai ” bala tentera” untuk Islam dan sanggup merosakkan kehidupan rakan-rakan lain walaupun seagama tanpa melihat kedudukan sebenar paksi yang kita jadikan sebagai pedoman itu berada di kedudukan yang betul atau kurang tepat !

Jangan jadikan Islam atau politik Islam sebagai tanggungjawab sebelum PENCEN. Kerana ia boleh merosakkan kredibiliti Islam sebagai agama yang dibawa oleh Nabi utusan Allah untuk menyelamatkan manusia.Islam juga bukan satu produk industri yang perlu bersaing dalam dunia pemasaran. Kesilapan kita memahami tujuan akhir Islam boleh memusnahkan masa depan kita.Sedangkan Nabi Muhammad saw dalam satu hadis baginda juga menyebutkan bahawasanya tanggungjawab Muslim itu tidak akan berakhir sehingga kiamat hadir. Masa yang Nabi Muhammad saw nyatakan amat panjang. Maka janganlah sentimen Islam ini dijadikan mainan atau produk untuk dipasarkan sementara menunggu PENCEN kerana dibimbangi akan muncul tindakbalas yang tidak berkesudahan, sedangkan segala prinsip dan neraca Islam telah dijelaskan oleh ulamak dalam kitab versi Arab.

Dalam alquran pun ada banyak cerita tentang kaum yang Allah hancurkan berpunca dari sebab-sebab yang mereka sendiri lakukan berbanding komitmen yang sepatutnya untuk Allah swt dan risalah anbia. Ia juga bukan kerana faktor luaran. Faktor luaran hanya faktor kedua dan bukan punca utama. Nabi Muhammad saw juga pernah menjelaskan bibit-bibit ini dalam sesetengah hadis baginda. Semuanya ini ada dalam rujukan kitab-kitab utama versi Arab jika benar dalam versi Melayu banyak yang disembunyikan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s