Majoriti : Pimpinan & Rakyat

Berdasarkan isu majoriti yang menjadi masalah antara MP, ia adalah gambaran tepat untuk menterjemahkan minda dan cara pemikiran pimpinan dan golongan atasan dalam memahami ruanglingkup tanggungjawab pimpinan negara.Walaupun mempersoalkan kaitan antara majoriti dan keabsahan itu benar, tetapi para pimpinan juga tidak teragak-agak untuk tidak mengendahkan hak-hak rakyat merasai limpahan kejayaan lain yang juga hasil dari amalan demokrasi yang benar.

Kesimpulan awalnya adalah, ini semua kerana para pimpinan tidak punyai cara pemikiran yang lebih kompleks dari itu. Ini juga bermaksud mereka sendiri tidak mampu menyediakan pakej demokrasi yang lebih besar dari apa yang mereka telah ada. Oleh sebab itu apabila kerajaan berdepan tanggungjawab diluar jangka atau luar biasa, maka para pimpinan turut tidak mampu untuk menanggung risiko luar jangka itu. Sekaligus menunjukkan mereka juga tidak akan melunaskan tanggungjawab luar jangka itu sekiranya kuasa berpindah tangan. Ini terbukti dari segala istilah yang keluar dari percakapan mereka. Tiada langsung idea luar jangka untuk menyelamatkan rakyat sesuai dengan keperluan dan langkah-langkah yang lebih terjamin.

Ia seolah-olah menggambarkan kuasa kepimpinan hanya mahu menggunakan demokrasi untuk menjaga kepentingan para pimpinan. Mereka tidak mampu berfikir seandainya kuasa kepimpinan dapat menggunakan demokrasi untuk turut menjaga status sosial rakyat dari berbagai sudut keperluan lain atau dari sudut keperluan yang lebih tinggi.Masih kurang pasti, dimensi yang bagaimana sekelian para pimpinan ini berfikir untuk menghidupkan peluang demokrasi.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s