Moral Politik & Demokrasi

Secara moralnya jika budaya dari parti politik yang ada tidak mampu memberi penyelesaian kepada tuntutan majoriti rakyat, bermakna kemampuan parti politik tersebut adalah kerdil dan terbatas. Sedangkan maklumat atau silibus pembelajaran yang tersedia secara lengkap dalam institusi pengajian tinggi menggambarkan teori yang lebih besar dan berjaya ada dalam prinsip dan persekitaran demokrasi.Jika begitu, ini bermakna segmen politik perlu akur dan hormat dengan teori penyelesaian yang tersedia lengkap dalam simpanan sekelian universiti yang ada.

Hanya universiti yang ada autoriti & kredibiliti penuh berbanding yang lain dalam memelihara keagungan ilmu, kegunaan dan manfaatnya. Wujudnya pelbagai kementerian juga membuktikan betapa kuasa memerintah tidak boleh melanggar segala peraturan atau budaya yang ditetapkan oleh sekelian kementerian tersebut. Ini kerana setiap kementerian yang ada berfungsi dan berperanan mengikut tugas yang dikhususkan dengan mengambil kira kepakaran sedia ada atau yang boleh didapati dari kepakaran para sarjana di universiti. Tanpa sokongan kepakaran dari sekelian tokoh ilmuan di universiti, tidak mungkin kerajaan mampu memberi layanan dan sokongan kepada rakyat secara yang bijaksana, jujur dan selamat.

Kuasa tanpa sokongan kepakaran boleh membawa ke arah perseteruan yang sebenarnya bukan identiti milik demokrasi.

فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون – الانبياء 7 .

Makna ayat : bertanyalah pada golongan yang tahu jika kamu tidak tahu.﴿

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴾ [الزمر: 9]

“Katakanlah, adakah sama antara orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui , hakikatnya orang yang menyedari perkara sebegini hanya golongan yang ada kebijksanaan. Surah azZumar : 7

وقال تعالى: يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ﴾ [المجادلة: 11]

Makna ayat : Allah swt akan meninggikan darjat orang yang beriman dan yang berilmu , Dan Allah tahu segala yang kamu lakukan. Surah almujadalah : 11

Oleh sebab itu memahami prinsip demokrasi sahaja adalah tidak memadai kerana perkara selebihnya berkaitan hal tuntutan rakyat dan hak-hak mereka telah diperincikan oleh sumber ilmu Islam melalui kitab-kitab berkaitan.Apalah gunanya berpolitik dengan menjunjung prinsip demokrasi tetapi tidak sepenuhnya mahu membela nasib rakyat. Adalah lebih baik bagi mana-mana pimpinan politik yang tidak ada perancangan untuk membela rakyat bersara dari terlibat dengan politik.

Ahli politik juga perlu akur, jika naluri kecenderungan mereka lebih untuk bersaing dalam percaturan politik dan keuntungan kewangan yang besar, maka adalah lebih baik sistem demokrasi ini perlu diserahkan sebahagiannya yang lain kepada agensi atau NGO yang sepenuhnya berhasrat untuk membantu kehidupan rakyat. Tidak ada gunanya mewarisi politik kebodohan dan penipuan kerana ia adalah palsu.

Hakikatnya ketulenan itu juga perlu dilihat berdasarkan hasilnya.Jika hasilnya tidak ada beza dari rekod mandat politik terdahulu, bermakna apa yang digembar-gemburkan itu hanya sekadar permainan yang merugikan & menjatuhkan nilai harga diri bagi kehidupan rakyat. Ataukah penggiat demokrasi juga masih tidak menjumpai definisi harga diri ? Pelik tapi belum terlambat ! Nabi Muhammad saw juga ada mengingatkan betapa perlunya pimpinan masyarakat yang terima mandat itu melaksanakan kewajipan untuk rakyat kerana ia adalah tanggungjawab yang wajib dilunaskan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s