Pilihan Yang Telah Tersedia

Arab sebelum turunnya wahyu, adalah bangsa yang paling tidak punyai daya tarikan dan hidup di padang pasir tandus. Setelah wahyu Allah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw berketurunan arab Quraisy, segala-galanya berubah. Hari ini seluruh bangsa Arab mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain bahkan adakalanya lebih baik.

Termasuklah ranking arab berbanding Yahudi yang sememangnya punyai banyak daya penarik sejak dahulu.Begitu juga halnya dengan orang Melayu, tiada apa yang boleh mengubah sesuatu bangsa itu kecuali jika benar-benar mengambil sumber wahyu Allah sebagai rujukan dan panduan hidup.Islam adalah agama fitrah yang bermaksud mampu menyantuni fitrah manusia. Islam tidak zalim jika difahami dengan baik secara menyeluruh, kerana Islam adalah satu sistem hidup yang lengkap.dan sempurna.

Namun fitnah yang menjejaskan nama baik Islam terjadi kerana berpunca dari tahap kefahaman masyarakat Islam berkaitan dengan agama Islam yang boleh digambarkan seperti cerita sekumpulan si buta yang mentafsirkan seekor gajah, hanya berdasarkan kadar kemampuan mereka membelek tubuh gajah dengan tangan dan mungkin hidung untuk menghidu.

Persoalan orang Melayu hari ini mungkin berkaitan dengan persaingan dengan bangsa cina terutamanya yang berkaitan dengan negara China. Hakikatnya bangsa cina telah wujud dan bertamadun sejak sekian lama, sama seperti bangsa Rom atau Greek di Eropah. Seluruh dunia tahu kehebatan bangsa ini. Tidak ada sesiapa yang mampu mengubah sejarah ini. Semua mereka ini adalah manusia sama seperti bangsa lain. Sejarah kehebatan bangsa-bangsa ini ada yang tercatat dalam buku atau kitab sejarah kuno. Bermakna ia bukan cerita dongeng.

Dari sudut yang lain, sejarah manusia ini juga masih terkait dengan utusan para nabi dan Rasul. Maka sebagai salah satu cara merungkai keserabutan agenda melayu, kita perlu menetapkan pendirian dan dasar asas berdasarkan semua sejarah kemanusian yang telah berlaku sejak dahulu mengikut catatan yang ada dalam rujukan sejarah. Ini langkah pertama. Langkah kedua ; orang melayu juga perlu menetapkan pendirian berdasarkan persoalan ” sejarah manakah yang patut orang melayu ikuti ?

Persoalan ini perlu dijawab kerana:

i. sejarah lengkap kehidupan manusia telah ada.

ii. Tabiat dan cara hidup manusia semuanya sama, yang beza hanya faktor kebjiksanaan atau jahil.

iii. Wahyu Allah telah menjelaskan bahawasanya Syariat Allah telah mencukupi & sempurna untuk memandu kehidupan manusia sebagaimana dalam surah almaidah ayat 03. Maka tidak mungkin penyelesaian akan berlaku pada langkah seterusnya jika dua langkah pertama ini belum selesai.

Orang melayu juga tidak akan mampu mencipta sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia. Ini berdasarkan wahyu Allah dari surah arRom ayat 30 :

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (30)

Makna : Maka halakan dirimu (wahai Muhammad) ke agama yang suci ini. Allah telah jadikan fitrah manusia selari dengan syariat Allah, tidak mungkin fitrah ini boleh diubah. Begitu lah tersedianya ia syariat Allah yang benar. Tapi ramai manusia yang tidak tahu.

Kesimpulan ringkas : walau apa masalah yang perlu dirungkai , walau apa bangsa yang perlu melayu hadapi, ia perlu merujuk dan melihat catatan sejarah manusia, kerana semua teori penyelesaian telah ada, cuma perlukan sentuhan kebijaksanaan untuk menyesuaikan ramuan yang terbaik dan selamat.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s