Individu Muslim


1. Anak Adalah Anugerah Dari Allah swt.

Seseorang Muslim samada bayi, kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, warga emas atau yang telah mati punyai hak tertentu yang perlu dihormati dan tidak boleh diragut atau dipertikai secara prinsipnya samada dari sudut aqidah Islam mahupun dari sudut perundangan yang melibatkan pelbagai tuntutan. Hak ini adalah jaminan yang pernah Nabi Muhammad saw jelaskan dan boleh diperhalusi berdasarkan hadis nabawi yang ada dalam kitab-kitab rujukan. 

Namun sebagai seorang Muslim perkara ini perlu dilihat terlebih dahulu dari sudut kesyukuran dalam hal nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia berdasarkan ayat 01 Surah anNIsa : 

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ

Makna : Wahai manusia sekelian, bertaqwalah kepada tuhan yang telah menciptakan kamu dari asal yang satu (Adam ) dan diciptakan pula darinya pasangannya ( Hawa ), seterusnya berkembang biak dari kedua-duanya itu melahirkan anak lelaki dan perempuan yang ramai.

Anak adalah anugerah Allah yang wajar disyukuri. Fitrah manusia adalah suka kepada zuriat atau keturunan hasil dari perkahwinan antara lelaki dan wanita. Anugerah anak ini yang akan mengubah dunia dari sekadar planet yang punyai keperluan lengkap sumber kehidupan kepada persada yang dapat memberi nilai kehidupan bermakna secara berpanjangan hingga kiamat. Tanpa generasi penerus bermakna segala aktiviti akan terhenti.

Begitu yang pernah terjadi kepada Nabi Zakaria bila melihat kelebihan dan kenikmatan yang telah Allah berikan kepada Saidatina Maryam , langsung Nabi Zakaria berdoa memohon zuriat. ayat 38 Surah Ali Imran:  

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Makna : Zakaria pun berdoa kepada tuhannya, wahai tuhan anugerahilah diriku zuriat yang baik, sesungguhnya engkau adalah maha mendengar doa.

Nabi Zakaria menzahirkan kebimbangannya ……ayat 5 & 6 , Surah Maryam : 

وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِن وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا

Makna : Sesungguhnya aku bimbang dengan keadaan selepas ku nanti dalam hal mendirikan tanggungjawab agama, sedangkan isteriku mandul, maka anugerahilah aku keturunan.

يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا

Makna: Yang akan mewarisi kenabian ku dan kenabian Nabi Yakub, dan jadikanlah ia seorang yang disukai oleh Mu dan hamba-hambaMu  

Kaitannya dengan zuriat ! Allah swt berkuasa mutlak di bumi dan langit termasuk dalam hal zuriat. Zuriat pun Allah swt yang bagi. Surah asSyura ayat 49:

لِّلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَن يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ

Makna : Allah swt berkuasa mutlak terhadap langit dan bumi, dan mencipta sebarang perkara yang dikehendaki, menganugerahkan zuriat perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki , dan menganugerahkan zuriat lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki.

أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

atau menganugerahkan mereka anak lelaki dan perempuan dan menjadikan mandul kepada sesiapa yang dikehendaki, sesungguhnya dia maha mengetahui dengan apa yang dicipta dan maha berkuasa untuk mencipta apa sahaja.

Bahkan terdapat ayat alquran yang menjelaskan betapa zuriat yang soleh itu adalah nikmat dari Allah swt sebagaimana dalam Surah alKahfi ayat 46 :

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Makna: harta dan anak-anak adalah nikmat hiasan hidup di dunia, namun amalan baik yang lain ( ketaatan & amalan wajib ) adalah lebih bernilai di sisi tuhan kamu dari sudut dapat pahala di dunia dan mendapat faedahnya di akhirat sebagaimana harapan ketika di dunia .

Surah anNahl ayat 72 :

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ ۚ

Makna : Allah swt menjadikan dari kalangan kamu ( manusia) sendiri sebagai pasangan, dan menganugerahkan kepada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu, dan memberi rezeki yang baik-baik.

Nikmat zuriat ini punyai pengaruh yang besar kepada manusia kerana ia berkait dengan fitrah dan keinginan. Zuriat menjadikan seseorang tertunggu-tunggu, bila dapat zuriat masing-masing seronok dan menceriakan suasana . Kebahagiaan juga akan terbit sambil menunggu doa dan sapaan dari jiran atau sahabat kerana bayi yang lahir itu adalah pemimpin masa hadapan sebagaimana harapan para ibu bapa terhadap anak-anak. Kanak-kanak adalah rantaian kepada generasi manusia yang akan memakmurkan dunia. Mereka telah menjadi cabang dahan kepada pokok keturunan generasi manusia. Pastinya andai ibu bapa mahukan seseorang itu lebih baik dari dirinya , anaknya lah yang akan lebih diharapkan berbanding orang lain.


2. Anak adalah Amanah Ke atas Ibu Bapa.

Noktah ini, mampu menenangkan jiwa dan perasaan ibu bapa, bila berkait dengan kelahiran bayi dengan izin Allah. Ia satu anugerah yang meningkatkan darjat kemuliaan dan keistimewaan ibu bapa. Mereka memegang satu amanah yang mereka sendiri tiada kuasa menciptanya. Bahkan menanggung kemungkinan samada boleh kehilangan hak memegang amanah jika pemilik amanah itu mahu atau ia kekal di dalam jagaan keluarganya untuk tempoh tertentu dengan matlamat supaya melunaskan hak-hak Allah swt pada anak itu dan melaksanakan syariat serta hukum-hakam Allah yang ia patut lakukan. Ini semua adalah tanggungjawab ibu bapa kepada anaknya. Ini merupakan kewajipan terpenting yang ibu bapa perlu berikan kepada anak. Sebagaimana penekanan oleh alquran tentang suruhan kepada ibu bapa agar memelihara kehidupan si anak.

Surah anNisa ayat 11 : يوصيكم الله في أولادكم

’Makna : Allah swt telah berpesan kepada kamu supaya mengurus keperluan anak-anak kamu.


3. Tanggungjawab Wajib Ke Atas Ibubapa Untuk Mendidik.

Seorang bayi yang baru dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah. Ia membuka matanya untuk melihat ibu bapanya yang memberi segala yang patut. Demi melihat dunia yang lebih luas. Sekira-kira menjadikan ibubapanya sebagai segala-galanya dalam hidup disamping mendapatkan kasih sayang dan belas kasihan. Ibu bapa la yang menjadi pelindung dan pemelihara. Segala perkara besar atau kecil akan diajukan kepada kedua-duanya. Bahkan segala persoalan turut disandarkan kepada kedua-duanya juga, hingga mungkin tidak semuanya mampu dijawab oleh mereka. Manakala si anak pula akan menuruti semua jawapan ibu bapa , mempercayainya dengan sepenuhnya tanpa ragu atau teragak-agak atau diperhalusi. Kanak-kanak diusia awal umpama tanah, terpulang kepada bapanya untuk membentuknya, ia juga ibarat kain putih yang boleh ditulis diatasnya apa sahaja oleh si ibu. Oleh kerana pada peringkat ini kanak-kanak suka meniru, maka tanggungjawab ibu bapa mengasuh kelakuan anaknya termasuk dalam hal didikan, bersedia dan menjadikannya pandai serta mengasuh apa-apa yang Allah swt sukai dan redha.

Nabi Muhammad saw telah menetapkan tanggungjawab ini kepada si ibu dan si bapa dalam hadis sahih:

( والرجل راع على أهل بيته ، وهو مسئول عنهم ، والمرأة راعية بيت بعلها وولده ، وهى مسئولة عنهم )

Makna : Dan seorang lelaki menjaga ahli keluarganya, dia bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala perempuan menjaga rumah pasangannya dan anaknya. Dia pula, juga bertanggungjawab terhadap mereka. ( Imam Muslim)

Tanggungjawab ibubapa adalah besar.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s