Martabat Ilmu Aqidah Islam.

Ilmu aqidah ini adalah ilmu yang paling mulia, paling agung dan paling tinggi. Lagi pun kemuliaan ilmu itu juga turut diambil kira berdasarkan kemuliaan sesuatu perkara yang telah dikenali. Martabat ilmu juga dinilai berdasarkan nilai keperluan manusia kepadanya atau manfaat yang bakal diperolehi oleh pengamalnya di dunia dan akhirat.

Nisbah keperluan manusia kepada ilmu aqidah adalah mengatasi segala-galanya. Nisbah kepentingan ilmu aqidah kepada manusia juga mengatasi kepentingan lain. Tiada kehidupan tanpa jiwa atau tanpa kenikmatan atau tanpa ketenangan kecuali semuanya itu mengenali siapa tuhannya , tuhan yang perlu disembah, dengan segala nama-namanya , sifat-sifatnya dan perbuatannya. Apa perkara wajib untuk Allah, juga hal yang membersihkan Allah dari sesuatu yang tiada kaitan, Sehingga merasa semua bentuk kepentingan seperti ini lebih penting dari yang lain. Maka segala usahanya adalah dalam lingkungan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah swt.

Semakin seseorang itu mengenali tuhannya dengan cara yang betul dan sempurna , semakin ia menjadi seseorang yang tulus mengikuti dan mengagungkan syariat Allah dan segala hukumnya. Ia juga akan jadi seseorang yang mengutamakan kepentingan akhirat. Apabila telah tumbuh dalam jiwa pengertian semulia ini pada seseorang hamba dengan mengenali Allah, mentauhidkannya, menyukainya, ada rasa takut kepada Allah, mengagungkan suruhan dan larangannya, yakin dengan janji kemenangan dan balasan buruk Allah, bahagia di dunia dan akhirat, masyarakatnya juga bahagia dengan Allah swt. Semua itu kerana tabiat mulia seseorang itu adalah hasil dari aqidahnya yang betul dan pemikiran yang baik. Sedangkan kerosakan perilaku seseorang adalah disebabkan kerosakan dan penyelewengan aqidahnya.

Firman Allah Taala berkaitan Nabi Ibrahim :

وَكَيْفَ أَخَافُ مَا أَشْرَكْتُمْ وَلَا تَخَافُونَ أَنَّكُمْ أَشْرَكْتُمْ بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا فَأَيُّ الْفَرِيقَيْنِ أَحَقُّ بِالْأَمْنِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ ( الأنعام الآية : 81 ) ،

Kemudian Allah Taala memutuskan status antara dua kelompok ini dengan menjelaskan faktor ketenangan kiranya ada dalam dua kelompok ini.

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ : الأنعام الآية : 82

Terdapat juga dalam dua kitab hadis paling sahih , riwayat dari Abdullah bin Mas’ud radiallahu anhu, bahawasanya Rasulullah saw mentafsirkan kezaliman yang terdapat dalam surah Luqman (: 13) ini sebagai perbuatan syirik.

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ : لقمان : 1

Maka ayat ini bermaksud bahawasanya orang-orang yang mengikhlaskan diri dengan hanya menghambakan diri kepada Allah, mereka adalah kelompok yang tenang di hari kiamat dan terpandu dgn hidayah di dunia dan akhirat. Sedangkan syirik adalah satu kesalahan yang tidak akan diampunkan Allah swt.

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يشاء : النساء 48

Perbuatan syirik pula akan meruntuhkan amalan

.لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُك . الزمر :65

وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ : الأنعام الآية : 88

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا ( الفرقان الآية : 23 )

Tauhid akan melindungi agama , darah dan harta sebagaimana dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله وأني رسول الله ، فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحقها وحسابهم على الله »

Dari Abu Hurairah radiallahu anhu, berkata : Rasulullah saw bersabda : aku diarahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan aku adalah pesuruh Allah, jika mereka berbuat begitu, darah dan harta mereka akan selamat dari ku , kecuali dalam perkara yang telah ditetapkan dan ِAllah yang akan menentukannya.

عن عبادة بن الصامت – رضي الله عنه – قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « من شهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، وأن محمدا عبده ورسوله ، وأن عيسى عبد الله ورسوله ، وكلمته ألقاها إلى مريم وروح منه ، والجنة حق والنار حق ، أدخله الله الجنة على ما كان من العمل » .

Dari Sahih Bukhari dan Muslim. Dari Ubadah bin asSomit radiallahu anhu berkata : Rasulullah saw bersabda : sesiapa yang bersaksi bahawasanya tiada tuhan kecuali Allah tunggal tanpa sekutu, dan bahawasanya Muhammad saw adalah hambanya dan utusannya, dan kalimah dari Allah yang ditiupkan kepada Maryam dan ruh dari Allah. dan syurga itu adalah benar,neraka juga adalah benar, Allah swt akan masukkan sesiapa ke syurga berdasarkan amalan yang pernah dibuat.

Oleh itu wajib bagi setiap muslim untuk mengambil berat tentang aqidah melalui medium belajar atau mengajar, dengan kefahaman , penelitian, dan keyakinan. Nescaya agamanya akan terbina diatas asas yang sahih dan sempurna hingga memungkinkan untuk dirinya memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s