Kaitan Sunnah Nabawi dengan Qawaed Feqhiah atau Dhowabit Feqhiah.

Demikianlah sebenarnya dalam sunnah nabwi itu ada terdapat banyak hadis. Semua hadis tersebut dikira sebagai Qawaed Feqhiah atau qawaed Syariah kerana ia mengandungi elemen hukum yang menyeluruh yang menyentuh semua perkara cabang atau berbangkit. Seperti sabda Nabi saw : كل شراب أسكر فهو حرام dan كل مسكر حرام . Imam Muslim telah meriwayatkan dari kitab sahihnya dari Aisyah radiallahu anha berkata : ٌRasulullah saw ditanya tentang arak yang diperbuat dari madu, Maka baginda menjawab : كل شراب أسكر فهو حرام ( semua minuman yang memabukkan adalah haram ) .

Imam Nawawi mensyarahkan hadis ini : ada juga arak yang diperbuat/ terhasil dari madu. Ini adalah contoh gaya bahasa yang padat dari Nabi saw. Ia memberi petunjuk bahawasanya harus bagi para mufti bila mendapati pengaju soalan / masalah itu perlu kepada sesuatu yang tidak terdapat dalam soalannya. Maka perkara itu boleh dinyatakan sekali dalam jawapan dari soalan yang ditanya.

Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya dari Abu Musa

عن أبى موسى قال ، بعثنى رسول الله صلى الله عليه وسلم أنا ومعاذ بن جبل إلى اليمن فقلت يا رسول الله إن شرابا يصنع بأرضنا يقال له المزر من الشعير، وشراب يقال له البتع من العسل فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم، كل مسكر حرام ،

عن ابن عمر رضى الله عنه أن النبى صلى الله عليه وسلم قال : كل مسكر خمر وكل خمر حرام

Oleh itu berdasarkan dari hadis-hadis yang mulia ini, ( Arak ) itu diistilahkan sebagai semua yang memabukkan. Manakala semua yang memabukkan itu adalah dikira arak, dan semua arak itu adalah haram. Beginilah cara ulamak hadis dan ulamak yang mensyarahkan hadis memahaminya.

Sebab arak dikira kepada semua yang memabukkan.Dan semua yang memabukkan itu adalah arak yang haram diminum.Tidak kira bagaimana cara pembuatannya dan penyediaannya. Samada ia memabukkan jika dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit . Juga samada yang memabukkan itu dijenamakan sebagai arak atau tidak. Seumpama minuman memabukkan generasi baharu yang ada.Ia tetap dikira sebagai arak selagi ia memabukkan.Sebab yang diambil kira adalah pada hakikat sebenar sesuatu itu dan bukan terletak pada namanya.

Berdasarkan kitab sahih Muslim pula ;

dari Ibnu Abbas radiallahu anhu, bahawasanya Nabi saw berkata :

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s