Dakwah Islam


TAJUK

Mukaddimah

Dakwah Islam hakikatnya adalah dakwah atau seruan kepada sesiapa untuk kembali kepada fitrah yang asal. Fitrah asal manusia adalah menyerah dengan penuh ketundukan kepada Allah swt. Ketundukan ini juga hanya kepada Allah swt sahaja. Bermakna dakwah Islam adalah kerja untuk mengajak manusia agar kembali kepada fitrah yang Allah swt jadikan manusia dalam mode sebegitu. Penyerahan dengan sepenuh hati dengan bimbingan dari para nabi terutamanya nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad saw.

Walaubagaimanapun , oleh kerana fitrah asal manusia ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan untuk memastikan ia berada dalam standard yang betul, maka seruan dan usaha mengajak manusia kembali ke fitrah yang telah Allah jadikan ini, menjadi pilihan terbaik untuk manusia memanfaatkan peluang selama masih bernyawa. 

Barangkali juga, ada sesetengah umat Islam sendiri yang kurang jelas kaitannya dengan gerakan Islam yang telah lama wujud di zaman moden ini. Secara ringkasnya ia adalah dua jenis kerja yang berbeza tetapi berkaitan dan saling menyempurnakan sisi yang lain. Namun bukan bermakna ia boleh dilakukan tanpa ilmu yang sepadan dengan tugas yang hendak dilakukan. Oleh sebab itu kefahaman tentang matlamat dan cara kerjanya adalah perlu turut diambil berat dan diberi keutamaan dalam konteks memastikan ia berada dalam standard yang serba memberi hasil yang terbaik.

Ini kerana semuanya berlaku dalam zaman yang serba bersepadu. Maka amalan Islam juga sebenarnya turut bergerak dan berkembang secara bersepadu. Sedangkan asal usul amalan ini tidak pernah wujud kecuali berasal dari kerja-kerja para Nabi dan Rasul. Mereka la yang memulakan semua ini. Genarasi hari ini hanya mewarisi dari sekelian para Nabi dan Rasul.


Ciri-ciri Wali Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ : (إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِي وَلِيَّاً فَقَدْ آذَنْتُهُ … More