Jiwa Muslim


TAJUK
  • Mukaddimah
  • Individu
  • Keluarga
  • Masyarakat
  • Negara
  • Global

Mukaddimah.

Muslim adalah sesiapa sahaja yang lahir dari keluarga muslim atau individu yang menganuti ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Sesiapa pun yang bersaksi bahawasanya Allah swt adalah tuhan pencipta dan pemilik alam ini yang satu-satunya berhak disembah juga bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir utusan Allah untuk semua makhluk Allah swt, maka ia berhak untuk bergelar Muslim dan beramal dengan ajaran nabi Muhammad dengan penuh taat dan ketundukan sebagaimana kehendak asal ajaran Islam.

Ajaran Islam juga memberi hak kepada seseorang muslim untuk menyantuni segala tuntutan hidup samada melibatkan kepentingan domestik mahupun global. Ini kerana Islam meletakkan status kehidupan di dunia ini sebagai jambatan untuk ke akhirat atau ladang yang bertujuan untuk dibawa hasilnya ke alam selepas mati. Bermakna kematian seseorang muslim juga bukan suatu yang menamatkan segala-galanya, jika selama hidupnya melakukan perkara-perkara baik sebagaimana yang diterangkan oleh ajaran Islam. 

Bermula dari alam barzakh hingga ke seterusnya adalah satu kehidupan yang kekal abadi tanpa noktah. Namun begitu, diperingkat awalnya, ia tetap akan dipengaruhi oleh amalan seseorang ketika masih hidup di dunia ini, samada ia memilih islam dan kebaikannya atau bagaimana. Pun begitu jika pemikiran atau kepercayaannya masih kuat meyakini ke Esaan Allah swt dan kenabian Muhammad saw sebagai utusan terakhir, maka ia masih selamat.


Ciri-ciri Wali Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ : (إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِي وَلِيَّاً فَقَدْ آذَنْتُهُ…

baca teks penuh