Mantiq


Mukadddimah
Tajuk
Mukaddimah
Definasi Mantiq

Antara definasi paling terkenal dan paling lama :

Mantiq : Adalah alat peraturan yang jika diikuti mampu menjamin perkiraan dari berfikir secara salah. 

Mantiq ini diumpamakan sebagai alat kerana ia adalah penghubung antara kuasa logik dengan keperluan yang dicari dalam mendapatkan sesuatu. Manakala jika ianya diumpamakan sebagai peraturan kerana ruanglingkupnya adalah dalam hal peraturan am yang bertepatan dengan segala perkara cabang.

Oleh itu, sesungguhnya penutur logik yang mengetahui mantiq dengan definasi sebegini punyai tujuan untuk menjelaskan bahawasanya mantiq itu adalah dari ilmu spontan yang tidak dipelajari sebagai matlamat dan semata-mata mantiq. Sebaliknya ia dipelajari oleh penuntut ilmu sebagai satu cara untuk mempelajari ilmu atau pengetahuan lain.

Alat pula disini dimaksudkan sebagai cara. Sebab manusia menggunakan cara itu dan menjadikannya perantara untuk dapatkan maklumat lain melalui cara yang ada dengan cara menyusun sejumlah maklumat mengikut aturan dan kaedahnya. Mereka juga mahukan satu kaedah am yang terhasil dari perundangan tersebut sebagaimana yang dijelaskan dari definasinya.

Berdasarkan penjelasan ini boleh kita katakan bahawasanya ilmu mantiq adalah sekumpulan kaedah am yang selama seseorang itu menekuninya ketika berfikir untuk mendapatkan pelbagai maklumat baru sebagai penambahan dari maklumat sedia ada , maka perkiraan yang dibuat akan selamat dari kesilapan. Walaubagaimanapun , dalam definasi ini sebagaimana yang kamu lihat, terdapat agak banyak perkara yang mendesak dalam ungkapannya. Ia lebih diandaikan sebagai suatu yang datang dari penterjemah dalam usahanya mahu meringkaskannya. 

 

Ciri-ciri Wali Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ : (إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِي وَلِيَّاً فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ. وَمَا تَقَرَّبَ…

Keep reading

Loading…

Something went wrong. Please refresh the page and/or try again.